Nantikan program-program yang lebih segar, ceria dan mantap bermula 1 Ogos ini menerusi slot pagi di TV3!
Menerusi tagline ‘Hidupkan Pagi’, beberapa perubahan telah dilakukan bagi mengukuhkan lagi kandungan program-program yang pasti dapat menceriakan hari anda dengan semangat yang lebih positif!
Menurut Puan Nini Yusof, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, “Strategi penjadualan baharu ini akan bermula pada 1 Ogos ini dengan mengukuhkan slot waktu pagi untuk memberi kepuasan kepada penonton setia kami. Menerusi TV3, ada beberapa program yang disingkatkan waktu siaran supaya ia menjadi lebih padat di samping penampilan selebriti berbakat besar seperti Nabila Huda, Sissy Imann dan Amyra Rosli sebagai hos program TV3.”