SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Info@swatv

MAJLIS PELANCARAN KALENDAR ACARA SEMARAK SENI @ PANGGUNG ANNIVERSARI 2026 “Dulu, Kini dan Selamanya”

MAJLIS PELANCARAN KALENDAR ACARA SEMARAK SENI @ PANGGUNG ANNIVERSARI 2026 “Dulu, Kini dan Selamanya”

SWA TV by SWA TV
December 14, 2025
in Info@swatv, Senitv.com, Tourism
Reading Time: 2 mins read
A A
0
58
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter
YBhg Datuk Fadlun Mak Ujud Datuk Bandar Kuala Lumpur
YBhg Datuk Fadlun Mak Ujud Datuk Bandar Kuala Lumpur
Semarak Seni @ Panggung Anniversari,
Semarak Seni @ Panggung Anniversari,

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), dengan penuh komitmen terhadap pemeliharaan dan pengembangan warisan seni budaya ibu kota, memperkenalkan Semarak Seni @ Panggung Anniversari, satu inisiatif
berterusan bagi menghidupkan semula Panggung Anniversari — antara pentas seni paling ikonik dan bersejarah di Kuala Lumpur.
Sejak sekian lama, Panggung Anniversari menjadi saksi kepada perjalanan dan evolusi seni tanah air, merangkumi pelbagai bentuk ekspresi seperti muzik,teater, puisi, tarian tradisional serta persembahan moden dan eksperimental yang menyatukan pelbagai generasi penggiat seni. Kewujudan panggung ini bukan sekadar simbol sejarah, malah merupakan sebahagian daripada memori kolektif warga kota.
Sebagai sebuah fasiliti pentas persembahan di dalam jajaran Warisan Kuala Lumpur, Panggung Anniversari melambangkan nilai sejarah dan budaya yang tinggi, serta berperanan sebagai ruang rehlah seni dan titik pertemuan budaya masyarakat bandar. Menyedari kepentingan legasi ini, DBKL telah merangka 40 acara pelbagai genre yang akan dilaksanakan hampir setiap minggu sepanjang tahun 2026, bermula awal Januari 2026, bagi memastikan panggung ini berfungsi secara aktif dan berterusan,

Di antara pengisian yang di persembahkan
Di antara pengisian yang di persembahkan
kemerian dengan pelbagai acara
kemerian dengan pelbagai acara

Program-program yang dirancang secara inklusif ini melibatkan penggiat seni lama dan baharu, dengan objektif utama untuk meneruskan dan memelihara legasi Panggung Anniversari sebagai pentas seni ikonik negara, menyediakan platform berterusan kepada penggiat seni merentas generasi dan genre,menghidupkan semula fungsi panggung sebagai ruang budaya dan rehlah seni warga kota, serta menyokong agenda pemeliharaan warisan bandar di bawah inisiatif Warisan KL.
Berteraskan tema “Semarak Seni @ Panggung Anniversari” dan membawa tagline “Panggung Anniversari – Dulu, Kini dan Selamanya”, inisiatif ini mencerminkan kesinambungan masa yang menghormati sejarah, meraikan
keaktifan seni masa kini dan menjamin kelangsungan masa depan seni budaya di pentas ini. Antara program teras yang akan dilaksanakan sepanjang tahun termasuk Konsert Rock Gegar Panggung, Retro Bangkit!,
ROCKESTRA, Rasa Rakyat, Pentas Seni LIVE!, Pesta Teater Kuala Lumpur,
Konsert Puisi Jundai Nusantara, Zapin Rewang, Independent Vibes, Rentak Legasi, Jazz in the Park, serta Pertandingan Bintang Bandaraya.
Kalendar Acara Panggung Anniversari 2026 ini turut menyokong Tahun Melawat Malaysia 2026 (VMY 2026) melalui penganjuran persembahan seni dan budaya yang berupaya meningkatkan daya tarikan pelancongan

bandar raya Kuala Lumpur, sekali gus memperkukuh imej ibu kota sebagai destinasi pelancongan budaya yang dinamik dan berdaya saing. Pada malam ini, bersempena pelancaran Kalendar Acara Panggung


Anniversari 2026, DBKL mempersembahkan Konsert Nostalgia Hits – Di Sini Kenangan Bergema Semula yang menampilkan Oja GV7, Syafik Farhain dan Kumpulan Cherpen, dengan iringan Kombo Budaya serta Artis Budaya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Persembahan ini menjadi pembuka tirai kepada pengisian seni sepanjang tahun 2026, sekali gus mengembalikan nostalgia muzik popular tanah air dalam suasana pentas warisan yang penuh makna.
Sehubungan itu, DBKL mengalu-alukan kerjasama agensi kerajaan dan swasta, institusi pendidikan, badan bukan kerajaan (NGO), sektor korporat serta komuniti seni untuk bersama-sama menjayakan program-program yang
dirancang sepanjang tahun 2026 di Panggung Anniversari. DBKL juga menggalakkan syarikat produksi dan pengurusan acara untuk menganjurkan persembahan dan program seni di Panggung Anniversari sebagai
sebahagian daripada usaha memperkukuh ekosistem seni dan budaya bandar raya.

Semarak Seni @ Panggung Anniversari dianjurkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan (CATS), dengan sokongan kewangan daripada Kementerian
Kewangan Malaysia, selaras dengan usaha pemuliharaan dan pengaktifan lokasi di bawah inisiatif Warisan Kuala Lumpur. Melalui inisiatif ini, Panggung Anniversari bakal kembali berfungsi sebagai nadi seni budaya kota — bukan sekadar sebagai monumen sejarah, tetapi sebagai ruang hidup yang terus mencipta kenangan, melahirkan bakat dan membina sejarah baharu untuk generasi akan datang.

 

 

ShareTweetPin
Previous Post

Vanessa Reynauld Lancar Single Mandarin Pertamanya ‘Would You Leave Me Too?’ pada 28 November 2025

Next Post

MAJLIS PELANCARAN KALENDAR ACARA SEMARAK SENI @ PANGGUNG ANNIVERSARI 2026 “Dulu, Kini dan Selamanya”

Next Post
MAJLIS PELANCARAN KALENDAR ACARA SEMARAK SENI @ PANGGUNG ANNIVERSARI 2026 “Dulu, Kini dan Selamanya”

MAJLIS PELANCARAN KALENDAR ACARA SEMARAK SENI @ PANGGUNG ANNIVERSARI 2026 “Dulu, Kini dan Selamanya”

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIODATA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • இந்த ஆண்டு கல்வி மேம்பாட்டுத் திட்டம் கல்வி அமைச்சகத்தின் கவனத்தில் உள்ளது, இதில் புதிய பாலர் பாடத்திட்டமும் அடங்கும்.
  • 教育发展计划是教育部今年的工作重点之一,其中包括新的学前教育课程。
  • Pelan Pembangunan Pendidikan antara fokus KPM tahun ini,termasuk kurikulum prasekolah baharu
  • 星光街头节 丰富多彩的
  • STAR-LIT STREET FESTIVAL DI TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 BERTEMPAT DI BUKIT BINTANG
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2025

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2025

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist