PRAGUE, 22 JUN 2025 – MARESMAF Wind Orkestra (MAWO) dari Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Ulul Albab FELDA Trolak telah mengharumkan nama Malaysia an FELDA apabila meraih Anugerah Emas ‘Golden Diploma Award’ dalam kategori ‘middle class’ di 26th Festival Antarabangsa Wind Orchestras Prague 2025 yang
berlangsung pada 20 dan 21 Jun di Republik Czech. Pengumuman kemenangan ini dibuat pada jam 8 malam waktu tempatan, 21 Jun 2025, bersamaan jam 2 pagi waktu Malaysia, di Hotel Olsanka Prague. MAWO telah menewaskan tujuh kumpulan orkestra lain dari dari enam buah negara Eropah dan dinobatkan sebagai penerima
markah tertinggi oleh barisan juri profesional berdasarkan kualiti persembahan, kecekapan teknikal serta penguasaan komposisi muzik bertaraf antarabangsa.
Festival ini menyaksikan penyertaan 13 kumpulan orkestra dari 11 negara, dengan Malaysia menjadi satu-satunya wakil dari Asia. Terdapat tiga kategori dipertandingkan iaitu lower class, middle class dan higher class, dengan pengkelasan berdasarkan tahap kesukaran karya muzik dan tahap kemahiran kumpulan. MAWO dijangka tiba di
tanah air pada 23 Jun 2025 jam 2 petang. Kejayaan MAWO ini membuktikan bahawa pendidikan berteraskan Ulul Albab serta sokongan FELDA terhadap pembangunan potensi generasi muda mampu melahirkan bakat cemerlang yang bersaing di pentas antarabangsa. Pencapaian ini bukan sahaja membanggakan warga MRSM dan FELDA, malah menjadi inspirasi kepada seluruh anak muda luar bandar bahawa tiada batasan untuk berjaya di peringkat dunia.
Sumber berita dari;
Unit Coprat Felda