SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Info@swatv

PEMAKLUMAN BERHUBUNG NAMA SERTA STRUKTUR TERKINI KEMENTERIAN PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA

STRUKTUR TERKINI KEMENTERIAN PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA

SWA TV by SWA TV
December 9, 2022
in Info@swatv, Senitv.com, Tourism
Reading Time: 2 mins read
A A
0
118
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Saya mengambil maklum mengenai pandangan orang ramai khususnya pemain industri berkaitan pengumuman pembentukan Kabinet Kerajaan Perpaduan sepertimana
diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 3 Disember 2022 lalu berhubung portflolio saya sebagai Menteri Pelancongan.

Dimaklumkan bahawa, setelah penilaian semula, Mesyuarat Kabinet pertama Kerajaan Perpaduan yang diadakan semalam, 7 Disember 2022, telah membuat keputusan untuk mengekalkan nama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Ingin dijelaskan bahawa saya akan sentiasa mementingkan segala perkara di bawah bidang kuasa MOTAC, bukan sahaja tertumpu kepada pelancongan, tetapi juga
berkaitan kesenian dan kebudayaan yang menjadi khazanah penting negara. Keunikan Malaysia sebagai sebuah negara majmuk dan penuh kepelbagaian ini akan terus
dipelihara.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pemain industri dan pihak-pihak berkaitan kerana sudi memberi pandangan serta buah fikiran bagi menambahbaik lagi industri pelancongan, seni dan budaya di negara ini. Saya akan terus mengamalkan dasar pintu terbuka dan bersedia mengadakan sesi libat urus dengan semua pihak bagi memastikan industri pelancongan, seni dan budaya di Malaysia dapat berkembang seterusnya
memberi limpahan manfaat kepada masyarakat serta negara.

Ini termasuklah pakar-pakar profesional, berpengetahuan, berkemahiran tinggi, kreatif dan berbakat besar dalam sektor kebudayaan seperti penari tarian tradisional,pensyarah dan sebagainya. Sumbangan dan peranan kumpulan seperti ini amat diperlukan bagi membawa industri pelancongan, seni dan budaya kita ke tahap yang lebih tinggi, lebih bersinar dan lebih gah di peringkat global.

Selain itu, saya juga memberi jaminan bahawa bidang kesenian dan kebudayaan akan dimartabatkan serta dibela sebaiknya. Peranan para budayawan dan seniman dalam menyumbang kepada pembinaan negara tidak akan dipinggirkan. Untuk itu, saya akan memastikan kumpulan penting ini akan mendapat tempat sewajarnya serta diiktiraf atas sumbangan bermakna kepada negara seperti memperkenalkan semula Anugerah Seni
Negara yang telah dihentikan sejak sekian lama.

Dalam masa sama, saya memohon kepada semua pihak agar memberikan sokongan,ruang dan peluang kepada saya untuk menerajui MOTAC dan saya akan melakukan
sehabis baik demi kegemilangan industri pelancongan, seni dan budaya negara kita.

Saya bersama Pengurusan Tertinggi dan warga MOTAC akan sentiasa memastikan pelancongan, seni dan budaya negara dapat dipromosi dan dipopularkan di luar negara melalui pelbagai medium selari dengan perkembangan teknologi semasa, seterusnya dapat menarik minat pelancong asing ke Malaysia.

YB Dato’ Seri Tiong King Sing
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya
8 Disember 2022
______________________________________________________________________

ShareTweetPin
Previous Post

Tidak ada sebarang perhimpunan, kata Rafizi selepas Anwar diumum PM

Next Post

ILHAM 2022 CONCERT

Next Post
ILHAM 2022 CONCERT

ILHAM 2022 CONCERT

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TOYOTA CROWN SPORT 2024 – BENTUK BADAN SUV DENGAN RUPA ALA PUROSANGUE

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • JKKN 数字门户网站正式上线 “将国家文化艺术带入数字时代”
  • PELANCARAN PORTAL DIGITAL JKKN “MELONJAKKAN SENI BUDAYA NEGARA KE ERA DIGITAL”
  • Malaysia and Bangladesh to cooperate on investigation of suspected Bangladeshi nationals over militancy
  • PENGIKTIRAFAN FOREST RESEARCH INSTITUTE MALAYSIA (FRIM) FOREST PARK SELANGOR (FPS) SEBAGAI TAPAK WARISAN DUNIA UNESCO
  • LAWATAN KE WARISAN KUALA LUMPUR ANJURAN CATS
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2023

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2023

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist