SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home SWA TVI

IFTAR@KL 2022 DISAMBUT MERIAH SETELAH 2 TAHUN DITANGGUHKAN PELAKSANAANNYA

IFTAR@KL 2022 DISAMBUT MERIAH SETELAH 2 TAHUN DITANGGUHKAN PELAKSANAANNYA

Asraf Zin by Asraf Zin
April 19, 2022
in SWA TVI
Reading Time: 2 mins read
A A
0
100
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Program Iftar @ KL anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui agensinya, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) kembali meriah setelah 2 tahun ditangguhkan pelaksanaannya ekoran wabak COVID-19.

Iftar @ KL yang dilaksanakan di Jalan Raja, Dataran Merdeka Kuala Lumpur pada 16, 17 dan 23 April 2022 ini dimeriahkan dengan kehadiran ramai pengunjung serta pelancong dari negara luar untuk merasai suasana berbuka puasa beramai-ramai secara bersila.

Antara pelancong asing yang dilihat turut memeriahkan program Iftar @ KL

Menurut kenyataan, pelaksanaan program pada kali ini merupakan penganjuran kali kesepuluh (10) oleh JKKN yang telah bermula sejak tahun 2012.

Sehubungan itu, Iftar @ KL yang dianjurkan oleh JKKN ini merupakan anjuran bersama rakan strategik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Persatuan Seni Budaya Putra yang turut mendapat sokongan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Pengunjung menikmati juadah berbuka puasa pada hari pertama pelaksanaan program di sini, semalam

Selain itu, antara rakan penganjur dalam pelaksanaan program ini kali ini ialah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Pusat Pungutan Zakat (PPZ), Kuala Lumpur Food Truck Entrepreneurs Association dan Masjid Jamek Kampong Bharu serta mendapat tajaan daripada 100 Plus.

“Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengimarahkan dan memakmurkan ramadan sebagai bulan ibadah dan keprihatinan sesama insan melalui pengisian aktiviti, merapatkan dan mengeratkan silaturrahim serta toleransi antara kaum.

“Ia juga bagi menyemarakkan kebudayaan dan kesenian Islam kepada pelancong tempatan dan antarabangsa menerusi Program Pelancongan Budaya (Culture Tourism),” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, antara pengisian program yang turut memeriahkan Iftar @ KL ini adalah seperti Majlis Berbuka Puasa, Penyediaan dan Pengagihan Bubur Lambuk, Solat Berjemaah, Tadarus Al-Quran, Tazkirah Ramadan, Bicara Ramadan, Kaunter Sumbangan, Sukarelawan, Kaunter Zakat serta Jualan Makanan Food Truck.

Sekitar penyediaan bubur lambuk untuk diagihkan kepada pengunjung
Antara bubur lambuk yang telah sedia untuk diagihkan kepada pengunjung di sini

MOTAC menerusi kenyataan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan-rakan strategik serta semua rakan penganjur dan rakan penaja yang terlibat.

“Sungguhpun pelaksanaan aktiviti fizikal telah dibenarkan, namun kita masih belum menang untuk melawan wabak COVID-19. Justeru itu, adalah diingatkan agar kita bersama-sama memenuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN),” menurut kenyataan itu.

SUMBER FOTO: mymotac

ShareTweetPin
Previous Post

KONVOI AGIHAN ZAKAT TAHUNAN OTAI GROUP MALAYSIA BANTU RINGANKAN BEBAN GOLONGAN MEMERLUKAN

Next Post

KEMBARA KHALIFAH TRAVEL DILANCARKAN, HAMIDAH WAHAB SEBAGAI DUTA

Next Post

KEMBARA KHALIFAH TRAVEL DILANCARKAN, HAMIDAH WAHAB SEBAGAI DUTA

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIODATA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • BENGKEL KREATIF OKU VOCAL DAN LAKONAN ASAS (DRAMA RADIO) DISEMPURNAKAN OLEH TIMBALAN MENTERI KOMUNIKASI YB TEO NIE CHING
  • BENGKEL KREATIF OKU VOCAL DAN LAKONAN ASA( DRAMA RADIO) E-BRILLE UNTUK OKU BUTA
  • KEMERIAHAN SAMBUTAN HARI WILAYAH PERSEKUTAN BERSAMA MENYANTUI WARGA SETEMPAT
  • JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN DAN PEKESO MEMERIAHKAN HARI WILAYAH 2026
  • JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN DAN PEKESO MEMERIAHKAN HARI WILAYAH 2026
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2025

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2025

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist