SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home SWA TVI

KONVOI AGIHAN ZAKAT TAHUNAN OTAI GROUP MALAYSIA BANTU RINGANKAN BEBAN GOLONGAN MEMERLUKAN

KONVOI AGIHAN ZAKAT TAHUNAN OTAI GROUP MALAYSIA BANTU RINGANKAN BEBAN GOLONGAN MEMERLUKAN

Azuwa Yusof by Azuwa Yusof
April 15, 2022
in SWA TVI
Reading Time: 1 min read
A A
0
148
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Otai Group Malaysia melancarkan Konvoi Agihan Zakat Tahun 2022 pada 14 April 2022 yang berlangsung di Shell Tol Jalan Duta.

Menurut Dr. KH. Sifu Khalifah Suhaimi bin Hj. Abas, Presiden Otai Group Malaysia konvoi agihan zakat tersebut dilakukan pada bulan Ramadan setiap tahun.

Konvoi agihan zakat yang dilaksanakan oleh Otai Group Malaysia kali ini melibatkan enam buah negeri iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Perlis.

Datuk Nadzim Johan melancarkan Konvoi Agihan Zakat Tahun 2022 Otai Group Malaysia

Sebanyak 1,200 bungkusan sumbangan yang disertakan dengan wang tunai disediakan untuk diedarkan kepada 1,200 orang daripada golongan asnaf dan fakir miskin di negeri-negeri yang terlibat.

“Setiap bulan, kita akan menghantar sumbangan hasil daripada keuntungan jualan usahawan-usahawan di bawah Akademi Keusahawanan Islam Malaysia (AKIM) kepada warga Palestin serta golongan anak yatim dan asnaf. Bagaimanapun, konvoi ini merupakan rutin tahunan kami di mana kami sendiri akan keluar dan mengagihkan sumbangan demi keberkatan bulan Ramadan al-Mubarak,” kata beliau ketika ditemu bual.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan atau lebih dikenali sebagai Toqqi turut hadir ke Majlis Pelancaran Konvoi Agihan Zakat Tahun 2022 anjuran Otai Group Malaysia.

Dr. KH. Sifu Khalifah Suhaimi bin Hj. Abas bersama Datuk Nadzim Johan ketika ditemu bual mengenai konvoi yang dilaksanakan oleh Otai Group Malaysia

Beliau berkata bahawa pengagihan sumbangan tersebut dapat membantu meringankan beban golongan yang memerlukan di negeri-negeri yang terlibat dalam konvoi yang diadakan pada tahun ini.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Otai atas usaha mereka yang berjaya melakukan kerja-kerja CSR yang sudah masuk berbelas kali,” ucap Datuk Nadzim Johan.

Konvoi yang dilakukan oleh Otai Group Malaysia bukan sahaja menyalurkan sumbangan zakat, namun inisiatif yang dilakukan mereka ini turut memberi peluang kepada golongan-golongan asnaf untuk mengubah nasib hidup mereka.

Otai Group Malaysia memulakan konvoi agihan zakat ke enam buah negeri yang dianjurkan mereka

Otai Group Malaysia turut berharap agar rakyat Malaysia terutamanya masyarakat Melayu beragama Islam mendoakan kejayaan syarikat tersebut agar mereka dapat terus membela nasib-nasib golongan yang memerlukan seperti fakir miskin dan asnaf pada masa yang akan datang.

ShareTweetPin
Previous Post

GOSIP GEMBIRA – DOA RAKYAT DISAMBUT ILLAHI BUAT TUAN NIK EZANEE

Next Post

IFTAR@KL 2022 DISAMBUT MERIAH SETELAH 2 TAHUN DITANGGUHKAN PELAKSANAANNYA

Next Post

IFTAR@KL 2022 DISAMBUT MERIAH SETELAH 2 TAHUN DITANGGUHKAN PELAKSANAANNYA

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TOYOTA CROWN SPORT 2024 – BENTUK BADAN SUV DENGAN RUPA ALA PUROSANGUE

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • JKKN 数字门户网站正式上线 “将国家文化艺术带入数字时代”
  • PELANCARAN PORTAL DIGITAL JKKN “MELONJAKKAN SENI BUDAYA NEGARA KE ERA DIGITAL”
  • Malaysia and Bangladesh to cooperate on investigation of suspected Bangladeshi nationals over militancy
  • PENGIKTIRAFAN FOREST RESEARCH INSTITUTE MALAYSIA (FRIM) FOREST PARK SELANGOR (FPS) SEBAGAI TAPAK WARISAN DUNIA UNESCO
  • LAWATAN KE WARISAN KUALA LUMPUR ANJURAN CATS
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2023

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2023

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist