KUALA LUMPUR: Agensi pelancongan Kembara Khalifah secara rasmi dilancarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kembara Khalifah Sdn Bhd, Emran Abd Wahid pada 10 April 2022 lalu.
Agensi pelancongan tersebut ditubuhkan bagi membantu mereka yang ingin melancong dan juga mengerjakan umrah di mana agensi tersebut menyediakan perkhidmatan yang baik bagi mereka yang berminat.
Pada Majlis Pelancaran Kembara Khalifah Travel berlangsung, Emran turut mengumumkan bahawa selebriti tanah air, Hamidah Wahab dilantik sebagai duta agensi pelancongan tersebut.
Mengulas mengenai pelantikannya sebagai duta Kembara Khalifah Travel, Hamidah Wahab berkata bahawa beliau berasa teruja dilantik sebagai duta kepada agensi pelancongan tersebut.
Beliau turut berkata bahawa dengan pelantikan beliau sebagai duta agensi pelancongan tersebut, beliau berhasrat untuk membawa rakan-rakan selebriti mengerjakan umrah dengan harga yang berpatutan.
Emran turut berharap orang ramai dapat mendoakan agar Kembara Khalifah Travel dapat beroperasi dengan baik dan terus berjaya dalam menyediakan perkhidmatan mereka.
Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan daripada Kembara Khalifah Travel, sila hubungi mana-mana kakitangan agensi tersebut atau berhubung melalui laman Facebook rasmi mereka.