26HB MARCH 2024 KUALA LUMPUR-Seramai lebih 30 orang terdiri daripada Pengerusi-pengerusi dan ahli -ahli Ngo Seni Dan Budaya mendapat ilmu dari Bengkel Pemasaran Penajaan Seni Dan Budaya anjuran JKKN Wilayah Persekutun.Bengkel ini telah memberi ilmu tentang cara menulis dari sudut promosi dan cara menjemput media dan berkaitan dengan media dan menulis isi kandungnya. Panel yang ditugaskan untuk menyampaikan topik ini terdiri daripada Saudara Letfee Ahmad bekas Pengurus Bernama Radio /Tv serta Encik Shamsul selaku Pengarah Locco yang telah menempa kejayaan diatas acara yang tidak asing lagi KERETAPI SARONG yang disertai oleh anak-anak muda tanah air.
Bengkel ini banyak memberi info kepada peserta bagaimana satu satu pengurusan Seni Dan Budaya itu boleh memberi kesan kepada komuniti setempat selain menarik perhatian kepada penjaa untuk bersama-sama didalam setiap acara yang dianjurkan.
Peserta juga mendapat ilmu yang berguna dari sudut menulis bagi membuat satu kenyataan media supaya apa yang hendak ditulis atau disampaikan tepat pada sasarannya .Terutama kefahaman tentang perkataan KENYATAA MEDIA dan JEMPUTAN MEDIA supaya setiap individu itu tidak meyalahkan gunakan format yang telah ditetapkan oleh format media.
Bengkel ini berlangsung di Stor Dewan Bahasa Dan Pustaka selaku rakan kerjasama . Ketua Pengarah JKKN Ybrs Encik Amran Bin Haris juga telah menyempurnakan majlis ini serta turut dihadiri oleh Pengarah JKKN Wilayah Puan Hidayatul Ein Mohamaad Azmi. Setelah bengkel selesai peserta diraikan dengan majlis berbuka puasa anjuran JKKN .Semuga program sebini dapat diteruskan ;lagi dimasa-masa akan datang tetapi dengan masa yang lebih panjang supyaa peserta dapat menghasilkan kerja mereka dari apa yang telah mereka pelajari.