SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Info@swatv

PAK TAM LEMBU SADO KAYS STEAK & LOBSTER JADI TARIKAN PROGRAM KORBAN MASJID PUTRA HEIGHT , SUBANG JAYA SELANGOR

PAK TAM LEMBU SADO KAYS STEAK & LOBSTER JADI TARIKAN PROGRAM KORBAN MASJID PUTRA HEIGHT , SUBANG JAYA SELANGOR

SWA TV by SWA TV
June 8, 2025
in Info@swatv, SWA TVI
Reading Time: 3 mins read
A A
0
23
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Subang Jaya , 7 Jun –  Pak Tam lembu sado seberat 1 tan lebih menjadi tumpuan serta tarikan komuniti setempat di Program Korban  Masjid Putra Height tahun ini.   Lembu sado ini  adalah  antara 16 ekor lembu serta satu ekor kambing  yang di korbankan  pada program ibadah   korban Masjid Putra Height .

Kays Steak & Lobster buat pertama kali membuat ibadah  korban pada tahun ini merancang sejak desember tahun lalu dan membeli Pak Tam lembu sado dengan harga RM20,000 yang berusia lebih kurang empat tahun .  Ia  di bela di sebuah ladang di Teluk Intan Perak.  Sejak itu haiwan tersebut dijaga dengan pemakanan yang teliti untuk berat yang disasarkan.  Baka lembu ini adalah daripada campuran baka Blonde dan juga limousine yang berasal daripada Peranchis.

Menurut Pengarah Urusan  Kays Steak & Lobster Muhammad Aizuddin Mohd Khalid “Pak Tam berusia lebih kurang  empat tahun   berharga sekitar RM20,000 dan ibadah korban ini  adalah inisiatif tangggungjawab social korporat kami sebagai rangkaian restoren stik  dan udang kara  premium bersama komuniti setempat dan juga jalinan ukhwah yang lebih erat bersama qariah masjid Putra Height”.

“Dengan berat satu tan atau 1000 kilogram (kg), kami menjangkakan selepas dilapah sebanyak 700 kg isi daging segar dapat diagihkan kepada ahli kariah masjid dan orang ramai “, tambah beliau.

Mengulas lanjut , Aizuddin berkata, pihaknya memilih Masjid Putra Height untuk melakukan ibadah korban kerana  ia juga adalah cawangan pertama Kays Steak & Lobster adalah di Putra Height dan telah mendapat sokongan tidak berbelah bahagi daripada komuniti Putra Height sejak lebih 11 tahun lalu.

Kata beliau, pihaknya ingin berkongsi rezeki dengan komuniti setempat apatah lagi Masjid Putra Height sebelum ini menjadi pusat pemindahan sementara (PPS) yang menempatkan mangsa tragedi letupan paip gas di Putra Height April lalu.  Daging lembu segar ini akan diagihkan kepada mangsa mangsa kebakaran  letupan paip gas  , asnaf, fakir miskin, dan orang ramai  sekitar kejiranan Putra Height menerusi pihak masjid.

Sementara itu, Pengurus merangkap Iman 1  Majid Putra Height , Ustaz Abdul Hadi Hidzan berkata, pihaknya teruja untuk menyembelih lembu sado kerana ia merupakan pengalaman pertama bagi Masjid Putra Height mendapat sumbangan korban lembu sado seberat satu tan

Tambahnya sebagai persiapan awal, pihak masjid telah mencari sukarelawan yang  berpengalaman dalam mengendali serta melapah lembu sado serta melantik penyembelih khas untuk melakukan penyembelihan.

“ 20 orang sukarelawan diperlukan untuk menumbangkan lembu sado ini tadi, dan kerja melapah juga mengambil masa sekitar satu jam”, kata  Ustaz Abdul Hadi.

Menurut petugas sukarelawan  lembu sado  , Zaini Ishak  (44)  “ ia adalah pengalaman pertama kali  saya dan memang amat mencabar beri kelaianan serta pengalaman berbeza  walaupun tangan  sedikit luka luka waktu menarik tali beramai ramai, tetapi ia adalah pengalaman berharga.”

Bagi Tuan Saiful Azli  (46) pula, beliau berkongsi lembu sado ini mempunyai kudrat dan kekuantan yang sangat berlainan daripada lembu biasa, bagaimanapun pengalaman dan cabaran menguruskan lembu sado hari ini bakal menjadi panduan serta pelajaran untuk lebih bersedia pada tahun tahun akan datang.

Seramai 200 orang sukarelawan yang terlibat dalam program Korban Masjid Putra Height yang terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu bahagian menumbangkan lembu, menyembelih, lapah besar , lapah kecil , memotong, menimbang, membungkus dan agihan.   Pihak Masjid Putra Heigh menganggarkan lebih kurang 1600 bungkusan daging akan diagihkan mangsa kebakaran  letupan paip gas ,  asnaf, fakir miskin, kariah masjid dan  sekitar kejiranan Putra Heigh.

Selain daripada itu pihak masjid juga turut mengadakan jamuan makan tengahari kepada hampir seribu qariah masjid serta orang rami yang hadir pada hari ini.

ShareTweetPin
Previous Post

KAYS STEAK AND LOBSTER 的PAK TAM猛牛成为雪兰莪梳邦再也布特拉高地清真寺哈芝节的亮点

Next Post

首相署(宗教事务)部发表新闻声明,重申雪兰莪苏丹的声明:严厉打击朝圣配套诈骗

Next Post
首相署(宗教事务)部发表新闻声明,重申雪兰莪苏丹的声明:严厉打击朝圣配套诈骗

首相署(宗教事务)部发表新闻声明,重申雪兰莪苏丹的声明:严厉打击朝圣配套诈骗

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • SELERA PATIN BANGAU SAJI SUASANA DAN MENU SELERA KAMPUNG

    HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TOYOTA CROWN SPORT 2024 – BENTUK BADAN SUV DENGAN RUPA ALA PUROSANGUE

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • – KL CAR FREE MORNING (ISTIMEWA RUN) PERINGKAT WP KUALA LUMPUR 2025
  • PENGKUATKUASAAN TERHADAP ENTITI YANG BERKAITAN DENGAN KEMALANGAN BAS PERSIARAN MELIBATKAN PELAJAR UPSI
  • 媒体报道 旅游、艺术与文化部 对涉及UPSI学生的广播巴士事故采取执法行动
  • YB TMA Hadiri Pelancaran Pusat Kecemerlangan Penyelidikan & Inovasi Ekonomi Islam (i-RISE) di Sasana Kijang, Bank Negara
  • 首相署(宗教事务)部新闻稿:YAPEIM AL-FALAH 祭祀:全国126个地点共计145头牛,受益人数超过6万
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2023

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2023

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist