SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Tourism

KARNIVAL DURIAN RIVER OF LIFE LEMBAH SAHOM KEMBALI LAGI, BAKAL DIANJURKAN PADA 2 & 3 JULAI 2022

KARNIVAL DURIAN RIVER OF LIFE LEMBAH SAHOM KEMBALI LAGI, BAKAL DIANJURKAN PADA 2 & 3 JULAI 2022

Asraf Zin by Asraf Zin
June 16, 2022
in Tourism
Reading Time: 2 mins read
A A
1
559
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KAMPAR: Karnival Durian River of Life Lembah Sahom sekali lagi bakal dianjurkan iaitu pada 2 dan 3 Julai 2022 di Sahom Valley Resort, Kampar, Perak setelah kali terakhir dianjurkan iaitu pada tahun 2020

Ketua Penganjur Program, Shariff Ali Jabad Ali berkata, kejayaan dalam mendapat sambutan yang meggalakkan ketika kali terakhir penganjuran menjadi faktor utama kepada penerusan penganjuran pada tahun ini.

“Kami telah mulakan pesta durian sejak beberapa tahun yang lalu hinggalah ke hujung tahun 2019 dengan konsep ‘makan sampai senak’, kami bersyukur acara ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan.

“Kejayaan tersebut meyakinkan kami untuk menganjurkan satu lagi acara yang dipanggil Camping Durian pada bulan Ogos 2020”, katanya.

Shariff Ali Jabad Ali (tengah) ketika sidang media penganjuran Karnival Durian River of Life Lembah Sahom

Menurutnya, River of Life Lembah Sahom adalah program bersiri untuk tahun 2022 yang bermula dengan MTB Adventure Ride pada bulan Mac, Karnival Durian pada bulan Julai, Motocross pada bulan September dan kemuncak program iaitu Festival Kesenian & Kebudayaan Pribumi pada bulan Oktober ini.

Shariff Ali ketika sidang media memaklumkan, objektif penganjuran program ini adalah untuk merancakkan semula aktiviti pelancongan yang terkesan ekoran wabak COVID-19.

“Selain merancakkan semula aktiviti pelancongan, objektif penganjuran program ini juga adalah untuk mempromosikan aktiviti kesukanan, kesenian dan kebudayaan serta mendidik masyarakat akan kepentingan menjaga persekitaran alam semula jadi.

“Kami percaya dengan penganjuran empat acara ini, kami akan mencapai objektif yang kami harapkan,” katanya lagi.

Aturcara program sempena Karnival Durian River of Life Lembah Sahom pada 2 & 3 Julai 2022. Sumber: Facebook Usahawan Pelancongan Sahom

Dalam pada itu, pelbagai acara turut diadakan sempena penganjuran Karnival Durian River of Life Lembah Sahom, antaranya ialah Makan Durian Sampai Kenyang, Mandi Sungai, Makan Dalam Sungai, Treasure Hunt, Persembahan Tarian Pribumi, Pertandingan Memancing, Pertandingan Karaoke, Sukan Rakyat dan pelbagai lagi.

Pada masa sama, Shariff Ali turut melancarkan poster Karnival Durian River of Life Lembah Sahom, reka bentuk baju T-Shirt Karnival Durian serta Video Teaser.

“Sempena sidang media ini juga, kami telah lancarkan laman rasmi Facebook Usahawan Pelancongan Sahom dimana kami telah memuat naik gambar dan video acara lepas iaitu MTB Adventure Ride, silalah like dan share Facebook kami,” katanya.

Untuk sebarang maklumat, orang ramai boleh mendapatkannya di laman Facebook Usahawan Pelancongan Sahom atau boleh hubungi di talian 012-2122480.

ShareTweetPin
Previous Post

ISU HINA NABI MUHAMMAD: ABIM TUNTUT KEANGGOTAAN INDIA DALAM UNHRC DISEMAK SEMULA

Next Post

K-KOMM SEKAT LAMAN WEB JUAL DATA PERIBADI

Next Post
K-KOMM SEKAT LAMAN WEB JUAL DATA PERIBADI

K-KOMM SEKAT LAMAN WEB JUAL DATA PERIBADI

Comments 1

  1. Lt Kol (B) Chan CP TUDM says:
    2 weeks ago

    Satu usaha yang mesra rakyat, memang harus dialau-alukan, syabas dan setinggi tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak penganjur dan AJK, Persatuan Usahawan Plancongan Kampar di atas tindakan yang begitu baik dan memang dinanti nantikan oleh rakyat tempatan di saat fasa pendemik Covid 19. Tq ,Tq n Tq.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • GK UNDERCOVER BUKAN SEKADAR PERINGATAN

    GK UNDERCOVER BUKAN SEKADAR PERINGATAN

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • KARNIVAL DURIAN RIVER OF LIFE LEMBAH SAHOM KEMBALI LAGI, BAKAL DIANJURKAN PADA 2 & 3 JULAI 2022

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • DATIN LYNDA GHAZZALI RAI WANITA MENOPAUSE DI KEDIAMAN BELIAU

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MASJID UKAY PERDANA ANJUR TEMASYA WARISAN MELAYU & ISLAM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MTIB-UITM SELANGOR TERBIT BUKU RESURRECTION OF RUDINARA SALINGER HOUSE

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • PROJEK PEMBINAAN JAMBATAN LABUAN – SABAH DIBENTANGKAN DALAM MASA TERDEKAT
  • LUAS SIASAT PUNCA AIR BERWARNA MERAH DI SUNGAI CHANDONG, KLANG
  • PERBELANJAAN PELANCONGAN DOMESTIK 2021 MENURUN 54.5 PERATUS
  • SKMM LULUSKAN PENGGABUNGAN ANTARA CELCOM DAN DIGI
  • DISKAUN 50 PERATUS TAMBANG FERI PULAU PINANG BAGI PENGGUNA RORO DISAMBUNG 6 BULAN LAGI
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2021

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2021

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist