PUTRAJAYA: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) membuka semula permohonan Bantuan Kewangan Tahub 2022 kepada Syarikat Pengendali Pelancongan (TOBTAB), Syarikat Malaysia My Second Home (MM2H), dan Spa serta Pusat Urut Kaki (PUK) yang berlesen dan berdaftar di bawah MOTAC.
Tarikh pembukaan semula permohonan bantuan kewangan tersebut dibuka bermula 4 April 2022 sehingga 15 April 2022 bagi syarikat yang tidak berkesempatan melakukan permohonan sebelum ini.
Sehubungan itu, MOTAC menyeru semua Syarikat TOBTAB, MM2H, Spa dan Pusat Urut Kaki (PUK) yang layak untuk mengambil peluang ini dan melakukan permohonan secara atas talian kepada pihak MOTAC kerana sebarang permohonan yang dilakukan selepas tempoh yang dikemukan tidak akan dilayan.
Peruntukan bantuan sebanyak RM85 juta oleh kerajaan adalah bagi membantu penggiat industri pelancongan yang berdaftar di bawah MOTAC yang terjejas akibat pandemik Covid-19.
Maklumat lanjut mengenai Bantuan Kewangan Tahun 2022 dan pautan permohonan boleh didapati di laman sesawang rasmi MOTAC di www.motac.gov.my manakala sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pejabat MOTAC Negeri yang berdekatan.
SUMBER INFOGRAFIK: LAMAN FACEBOOK RASMI KEMENTERIAN PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA MALAYSIA (MOTAC)