SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Info@swatv

MOTAC SASAR 9.2 JUTA KEDATANGAN PELANCONG 2022

MOTAC SASAR 9.2 JUTA KEDATANGAN PELANCONG 2022

SWA TV by SWA TV
August 29, 2022
in Info@swatv, Nasional, Tourism, Usahawan & Shopping
Reading Time: 2 mins read
A A
0
78
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

 

                     YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya malasyia

29 Ogos 2022 – Pelbagai usaha strategik yang dilakukan oleh Kementerian
Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bagi memulihkan kembali sektor pelancongan
selepas menerima kesan teruk akibat penularan pandemik Covid-19 telah membuahkan
hasil berdasarkan pencapaian sasaran awal ketibaan pelancong mencatatkan jumlah
sebanyak 3.21 juta dengan nilai pendapatan pelancongan sebanyak RM9.35 bilion bagi
tempoh Jan – Julai 2022. Pencapaian ini berjaya dihasilkan melalui beberapa inisiatif
utama yang dilakukan oleh MOTAC semenjak pembukaan semula sempadan negara
pada 1 April yang lalu.

 

 

Menurut YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya,
berdasarkan pencapaian tersebut, MOTAC telah menyemak semula sasaran baru
ketibaan pelancong dan pendapatan bagi suku tahun ke-4 iaitu kemasukan sebanyak
9.2 juta dengan nilai pendapatan pelancongan sebanyak 26.8 bilion.

Unjuran terbaharu ini dibuat berdasarkan pelbagai usaha secara agresif yang dilakukan
oleh MOTAC dalam mengadakan misi penggalakkan pelancongan di luar negara bagi
menarik minat pelancong datang ke Malaysia.

Selain itu, dengan pembukaan semula pintu sempadan negara Brunei bermula pada 1
Ogos 2022 yang lalu, dijangkakan dapat meningkatkan lagi jumlah ketibaan pelancong
ke Malaysia.

MOTAC yakin sasaran ini dapat dicapai berdasarkan situasi semasa perkembangan
positif industri pelancongan yang mana lebih banyak negara melonggarkan syarat keluar
dan masuk.

Dengan perkembangan ini juga, MOTAC berharap sektor pelancongan negara dapat
dipulihkan dengan segera dan kembali menjadi antara sektor penyumbang utama
pendapatan negara.

 

 

Untuk rekod, pada tahun 2019, sebelum negara dilanda pandemik Covid-19, sektor
pelancongan mencatat kadar ketibaan pelancong tertinggi iaitu 26.1 juta orang yang
menyumbang pendapatan sebanyak RM86.1 bilion.

Sasaran ini diharap dapat menaikkan semangat semua penggiat industri untuk bekerja
lebih kuat bagi memastikan ianya berjaya dicapai dan sektor pelancongan negara
kembali berdaya saing.

“Saya berharap semua penggiat industri pelancongan dan rantaian perniagaan yang
berkaitan dapat bersama-sama dengan MOTAC bagi memastikan sasaran ini dapat
dicapai. Usaha yang berterusan harus dipergiatkan lagi bagi memastikan hala tuju dan
masa depan sektor pelancongan dan kebudayaan negara terus berdaya saing, mampan
dan lestari. Ini sesuai dengan hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah “Destinasi
Lestari, Kaya Budaya” menjelang tahun 2030 dapat menjadi realiti seperti yang
digariskan dalam Dasar Pelancongan Negara, jelas Dato’ Sri Hajah Nancy.

#ComingBackStronger
#KeluargaMalaysia
#BekerjaUntukRakyat

ShareTweetPin
Previous Post

DR415 (Death Railway 415 KM) TINDASAN DARI JEPUN

Next Post

FESTIVAL FILEM JEPUN 2022

Next Post
FESTIVAL FILEM JEPUN 2022

FESTIVAL FILEM JEPUN 2022

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIODATA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • இந்த ஆண்டு கல்வி மேம்பாட்டுத் திட்டம் கல்வி அமைச்சகத்தின் கவனத்தில் உள்ளது, இதில் புதிய பாலர் பாடத்திட்டமும் அடங்கும்.
  • 教育发展计划是教育部今年的工作重点之一,其中包括新的学前教育课程。
  • Pelan Pembangunan Pendidikan antara fokus KPM tahun ini,termasuk kurikulum prasekolah baharu
  • 星光街头节 丰富多彩的
  • STAR-LIT STREET FESTIVAL DI TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 BERTEMPAT DI BUKIT BINTANG
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2025

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2025

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist