SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Tourism

PEMAKLUMAN BERHUBUNG SOP GELEMBUNG PELANCONGAN (TRAVEL BUBBLE) PROJEK RINTIS PULAU LANGKAWI

SWA TV by SWA TV
September 11, 2021
in Tourism
Reading Time: 3 mins read
A A
0
25
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

 

 

 

 

9 September 2021 – Kerajaan amat prihatin dengan hasrat oleh sebilangan besar rakyat

Malaysia yang ingin bergerak bagi menikmati keindahan alam di bumi bertuah Malaysia ini.

Sebagai tanda keprihatinan pihak kerajaan buat seluruh Keluarga Malaysia yang selama ini

telah memberikan sokongan untuk negara mencapai tahap liputan luas vaksinasi, bersempena

dengan sambutan Hari Malaysia tahun ini, Pulau Langkawi akan dijadikan destinasi pertama

projek rintis bagi pembukaan sektor pelancongan domestik.

Menurut YB. Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya,

bermula 16 September 2021, Langkawi boleh mula dikunjungi pelancong domestik yang

memenuhi kriteria SOP dari seluruh negara, termasuk dari negeri yang berada dalam Fasa

1 Pelan Pemulihan Negara. Walaubagaimanapun, kebenaran ini tidak terpakai kepada

mereka yang sedang berada di kawasan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan

Diperketatkan (PKPD).

Pelancong mempunyai pilihan untuk pergi ke Langkawi melalui jalan udara dan darat. Bagi

pergerakan menggunakan jalan darat, pelancong perlu menggunakan perkhidmatan agensi

pelancongan, sekurang-kurangnya untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan dari

destinasi permulaan ke jeti feri ke Langkawi.

Manakala bagi pelancong yang memulakan perjalanan mereka ke Langkawi dari negeri

Kedah dan Perlis, serta yang menggunakan jalan udara, mereka tidak diwajibkan untuk

menggunakan perkhidmatan agensi pelancongan.

KENYATAAN MEDIABerikut adalah SOP yang perlu dipatuhi:

Terhad kepada individu yang telah lengkap 2 dos vaksinasi;

Jenis percutian yang dibenarkan ialah secara harian (pergi dan pulang pada hari yang

sama), bermalam, percutian dengan tempahan penginapan/tiket masuk yang telah

dibuat terlebih dahulu, percutian pakej pelancongan melalui syarikat pelancongan yang

berlesen dan berdaftar dengan MOTAC;

iii.

Bilangan penumpang setiap kenderaan semasa dalam perjalanan adalah tertakluk

kepada kapasiti sebenar kenderaan tersebut;

Pengunjung yang perlu menyesuaikan dengan waktu perkhidmatan feri ke Langkawi

dibenarkan bermalam di premis penginapan berdaftar di Kedah/Perlis;

Pengunjung perlu menunjukkan bukti dokumen pembelian produk pelancongan seperti

tiket penerbangan, tiket feri, resit hotel atau resit pakej pelancongan semasa memohon

kebenaran dengan PDRM dan ketika diminta oleh penguatkuasa agensi pematuhan

SOP;

Aktiviti-Aktiviti Gelembung Pelancongan Langkawi yang dibenarkan termasuk:

✓

Penginapan di hotel dan homestay termasuk fasiliti dalam premis hotel dan

homestay seperti surau, kolam renang, gymnasium, lounge, dewan, Business

Events (MICE), Acara Pelancongan dan Kebudayaan tertakluk kepada SOP Am

Fasa 4 dikeluarkan oleh MKN serta SOP Kementerian/ Jabatan/ Agensi yang

berkaitan;

✓

Aktiviti pantai, sukan air, snorkeling, selam skuba, pelancongan memancing,

pusat edutainment, taman rekreasi, extreme/ adventure/ nature parks, farms,

akuarium, zoo dan lain-lain kegiatan riadah, rekreasi serta sosial;

✓

Aktiviti Pelancongan Minat Khas (golfing, scuba diving, cycling, angling,

yatching dan sebagainya);

✓

Aktiviti Eko Geo-Kembara (bird watching, caving, mountain climbing, white

water rafting, hiking, jungle trekking, camping dan sebagainya);

✓

Premis hasil seni, budaya dan warisan seperti muzium, perpustakaan, galeri

seni, pusat/kampung seni warisan budaya, pementasan persembahan budaya

dan lain-lain;

✓

Taman Tema dan Pusat Hiburan Keluarga; dan

✓

Lawatan Bersifat Akademik seperti Geopark Discovery Center, Balai Seni,

Laman Padi.Tiada had umur ditetapkan untuk kemasukan ke Pulau Langkawi dan individu berumur bawah

18 tahun perlu bergerak bersama penjaga yang telah lengkap divaksinasi. Selain itu,

perlindungan insuran serta saringan COVID-19 juga adalah tidak diwajibkan.

Bagi memastikan kelancaran program serta menjaga kepentingan Keluarga Malaysia

secara keseluruhan, MOTAC akan membuat pemantauan berhubung pelaksanaan

gelembung pelancongan di Langkawi ini dan akan mendapatkan maklum balas daripada

masyarakat berkaitan program ini secara keseluruhan dalam tempoh masa dua minggu.

Maklum balas ini kelak akan dinilai dan dikemukakan kepada Majlis Keselamatan Negara

(MKN) untuk pertimbangan tindakan lanjut, seperti pembukaan lebih banyak destinasi

pelancongan yang dikenal pasti selaras dengan aspirasi MOTAC.

MOTAC menggesa kepada orang ramai yang ingin melakukan perjalanan ke Pulau

Langkawi supaya mematuhi SOP yang telah ditetapkan bagi memastikan agar Gelembung

Pelancongan Langkawi ini kekal hijau dan seterusnya dapat merealisasikan perancangan

lebih banyak gelembung pelancongan domestik di masa akan datang.

Untuk maklumat terperinci mengenai SOP ini, sila layari laman sesawang

www.motac.gov.my atau www.mkn.gov.my

ShareTweetPin
Previous Post

PERINGATAN KEPADA MENTERI YANG DILANTIK 100 HARI PERLU BUKTIKAN PENCAMPAIAN DISETIAP KEMENTERIAN

Next Post

Pencemaran kimia: 4 lelaki ditahan

Next Post
Pencemaran kimia: 4 lelaki ditahan

Pencemaran kimia: 4 lelaki ditahan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • SELERA PATIN BANGAU SAJI SUASANA DAN MENU SELERA KAMPUNG

    HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • KARNIVAL DURIAN RIVER OF LIFE LEMBAH SAHOM KEMBALI LAGI, BAKAL DIANJURKAN PADA 2 & 3 JULAI 2022

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • DATIN LYNDA GHAZZALI RAI WANITA MENOPAUSE DI KEDIAMAN BELIAU

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • TEMASYA BUDAYA @ NEGERI PERAK TARIK MASYARAKAT KENAL LEBIH DEKAT KESENIAN PELBAGAI KAUM NEGERI PERAK
  • Percubaan Kerajaan Negeri Selangor Untuk Mencipta Rekod Baharu di Dalam Malaysia Book of Records
  • PROGRAM JOM BACA @CHADAK MEMUPUK BUDAYA MEMBACA DALAM KALANGAN MASYARAKAT ORANG ASLI
  • BULAN PELANCONGAN ISLAM (ITM 2023): MERAIKAN PENGALAMAN PELANCONGAN MESRA MUSLIM DI MALAYSIA
  • PESTA TEATER RUNCIT SEBUAH PERTANDINGAN TEATER PENDEK ANJURAN FAKULTI TEATER ASWARA
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2021

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2021

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist