SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Info@swatv

PENGIKTIRAFAN FOREST RESEARCH INSTITUTE MALAYSIA (FRIM) FOREST PARK SELANGOR (FPS) SEBAGAI TAPAK WARISAN DUNIA UNESCO

PENGIKTIRAFAN FOREST RESEARCH INSTITUTE MALAYSIA (FRIM) FOREST PARK SELANGOR (FPS) SEBAGAI TAPAK WARISAN DUNIA UNESCO

SWA TV by SWA TV
July 12, 2025
in Info@swatv, Tourism
Reading Time: 2 mins read
A A
0
50
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

PARIS, 11 Julai 2025 | Malaysia buat kali ke-2 berturut-turut berjaya melakar kejayaan di peringkat antarabangsa apabila Forest Research Institute Malaysia Forest Park Selangor (FRIM FPS) secara rasminya telah disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Keputusan penyenaraian ini telah diumumkan semasa sesi 47th World Heritage Committee yang berlangsung pada 6 – 16 Julai 2025 di Ibu Pejabat UNESCO Paris, Perancis. Pengiktirafan tertinggi di peringkat dunia ini telah diputuskan oleh 21 ahli Negara Anggota World Heritage Committee yang dipengerusikan oleh Prof. Nikolay Nenov dari Bulgaria. Usaha persediaan pencalonan tapak
ini telah bermula sejak tahun 2013. FRIM FPS merupakan tapak yang istimewa dan merupakan salah satu
inisiatif terawal pemulihan ekosistem hutan tropika berskala besar melalui penanaman semula pokok di bekas kawasan perlombongan bijih timah. Usaha ini telah menetapkan penanda aras antarabangsa melalui kejayaan penghasilan satu ekosistem yang hampir menyamai hutan hujan tropika semula jadi, lengkap dengan kepelbagaian spesies pokok yang tinggi serta kaya dengan komposisi biodiversiti. Dengan kejayaan ini, Malaysia secara keseluruhan telah berjaya menyenaraikan enam (6) Tapak Warisan Dunia UNESCO. Penyenaraian sebelum ini terdiri daripada Taman Kinabalu (2000), Taman Negara Gunung Mulu (2000), Bandar Bersejarah Selat Melaka, Melaka dan George Town (2008), Warisan Arkeologi Lembah Lenggong (2012) dan Warisan Arkeologi Kompleks Gua Taman Negara Niah (2024). Kejayaan ini membuktikan komitmen berterusan negara dalam melindungi dan memelihara tapak semula jadi dan budaya yang mempunyai nilai sejagat luar biasa. Pengiktirafan ini juga secara tidak langsung akan meningkatkan visibiliti Malaysia di mata dunia. Sehingga kini, sejumlah 1223 tapak dari seluruh dunia telah berjaya diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia bawah 1972 Convention Concerning the Protection of the World Cultural and Natural Heritage.MOTAC merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak atas sokongan padu serta kerjasama erat yang telah diberikan dalam  menjayakan pencalonan ini, terutama jabatan serta agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor. Ucapan terima kasih turut diberikan kepada Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) serta Pejabat Delegasi Tetap Malaysia ke UNESCO di Paris atas peranan dalam meraihkan sokongan pencalonan FRIM FPS di peringkat antarabangsa. Segala usaha dan sinergi ini mencerminkan semangat Malaysia MADANI yang menekankan prinsip keterangkuman, kebersamaan dan kelestarian demi memartabatkan warisan negara di peringkat antarabangsa. Kementerian ini optimis pengikirafan ini akan menyuntik nilai tambah yang signifikan kepada FRIM FPS sebagai salah satu produk pelancongan
utama di Negeri Selangor. Selaras dengan pelaksanaaan Visit Malaysia 2026 dan Tahun Melawat Selangor 2025, kejayaan ini diharap dapat meningkatkan kedatangan pelancong luar negara ke Malaysia sekaligus menyumbang penjanaan ekomoni Malaysia khususnya komuniti setempat.

ShareTweetPin
Previous Post

LAWATAN KE WARISAN KUALA LUMPUR ANJURAN CATS

Next Post

Malaysia and Bangladesh to cooperate on investigation of suspected Bangladeshi nationals over militancy

Next Post
Malaysia and Bangladesh to cooperate on investigation of suspected Bangladeshi nationals over militancy

Malaysia and Bangladesh to cooperate on investigation of suspected Bangladeshi nationals over militancy

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIODATA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • BENGKEL KREATIF OKU VOCAL DAN LAKONAN ASA( DRAMA RADIO) E-BRILLE UNTUK OKU BUTA
  • KEMERIAHAN SAMBUTAN HARI WILAYAH PERSEKUTAN BERSAMA MENYANTUI WARGA SETEMPAT
  • JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN DAN PEKESO MEMERIAHKAN HARI WILAYAH 2026
  • JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN DAN PEKESO MEMERIAHKAN HARI WILAYAH 2026
  • 打破垄断集团 政府采购中的投标欺诈
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2025

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2025

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist