BANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-O-Cha semalam mengumumkan pelancong yang sudah menerima vaksinasi COVID-19 dibenar memasuki negara itu tanpa perlu dikuarantin mulai 1 November.
Senarai 46 negara dan wilayah itu adalah pertambahan ketara berbanding 10 negara yang diumumkan minggu lalu oleh Prayut, ketika beliau mengumumkan rancangan membuka semula negaranya bermula bulan depan.
Menurut Prayut, tambahan senarai itu disebabkan keperluan mendesak Thailand bagi merangsang sektor pelancongan serta perniagaan berkaitan.
“Kami perlu bergerak lebih pantas dan melakukannya sekarang. Ini kerana untuk menunggu segala-galanya sempurna, ia akan membuatkan kita terlambat,” katanya menerusi laman rasmi Facebooknya.
Sumber: BHOnline