SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Tourism

TOURISM MALAYSIA DAN GOPRO LANCAR VIDEO ‘DREAM MALAYSIA’ DALAM USAHA MERANCAKKAN SEMULA INDUSTRI PELANCONGAN NEGARA

TOURISM MALAYSIA DAN GOPRO LANCAR VIDEO ‘DREAM MALAYSIA’ DALAM USAHA MERANCAKKAN SEMULA INDUSTRI PELANCONGAN NEGARA

Asraf Zin by Asraf Zin
January 27, 2022
in Tourism
Reading Time: 2 mins read
A A
0
Sumber foto: UKK MOTAC

Sumber foto: UKK MOTAC

28
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui agensinya, Tourism Malaysia telah bekerjasama dengan GoPro dalam usaha menggiatkan semula industri pelancongan bagi mempromosikan keindahan kehidupan dan destinasi-destinasi di Malaysia melalui pembikinan video ‘Dream Malaysia’.

‘Dream Malaysia’ merupakan kempen yang mengetengahkan tarikan ekopelancongan dan pelancongan desa selain memberi inspirasi kepada Keluarga Malaysia untuk melancong ke lokasi unik dengan menggunakan kecanggihan kamera GoPro.

Dengan penganjuran pertandingan video ‘Dream Malaysia Challenge’ pada 13 hingga 28 Mac 2021 lalu, sebanyak 133 penyertaan telah berjaya direkodkan di mana para peserta berpeluang untuk memenanagi alatan elektronik GoPro terkini serta pakej percutian yang menarik di Taman Negara, Gopeng Glamping Park dan Bukit Tadom.

YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri ketika memberi ucapan pada majlis pelancaran

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri berkata, ‘Dream Malaysia’ menyaksikan gabungan kerjasama yang memfokuskan kepada pendigitalan dalam menyemarakkan industri pelancongan negara.

“Terdapat pelbagai tarikan di Malaysia tetapi masih ada yang belum mendapat perhatian para pelancong terutamanya produk-produk ekopelancongan dan pelancongan desa.

“Melalui GoPro, kami mahu menampilkan kandungan dan perspektif beharu melalui pengalaman pengembaraan yang menakjubkan bagi Keluarga Malaysia dan warga dunia,” katanya ketika memberi ucapan pada majlis pelancaran di sini, semalam.

Sementara itu, En. Rick Loughery, Naib Presiden Pemasaran Global dan Komunikasi di GoPro yang turut hadir menyatakan pihaknya amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan Tourism Malaysia dan mempamerkan destinasi-destinasi yang menakjubkan di Malaysia.

“Pasukan GoPro serta penyedia kandungan (content creators) di bawah pengendalian Tourism Malaysia telah mengembara ke beberapa negeri untuk meneroka destinasi tempatan yang belum pernah diterokai.

“Dengan penemuan keindahan produk-produk pelancongan yangtersembunyi, mereka memperoleh pengalaman dan mencipta kenangan yang unik di sekitar Malaysia menggunakan kecanggihan kamera GoPro,” tambah En. Rick Loughrey.

Sekitar berlangsungnya majlis pelancaran video ‘Dream Malaysia’ di sini, semalam

Baki Zainal, Duta Global GoPro yang turut mengambil bahagian dalam perjalanan yang menarik itu berkata, “Kenangan bersama haiwan laut di perairan jernih Pulau Tioman serta pengalaman di kawasan alam semula jadi di Malaysia pastinya tidak akan dilupakan.

“Dengan bantuan GoPro yang terkenal sebagai peranti pengimejan yang serba boleh dan berprestasi tinggi, kami berharap kandungan yang disediakan akan memberi inspirasi kepada orang ramai untuk meneroka destinasi unik di seluruh Malaysia,” katanya.

Turut hadir ketika majlis pelancaran, Datuk Wira Dr. Noor Zari Hamat, Ketua Setiausaha MOTAC; Dato’ Seri Ramlan Ibrahim, Pengerusi Tourism Malaysia dan Dato’ Hj Zainuddin Abdul Wahab, KP Tourism Malaysia, pengurusan kanan MOTAC & Tourism Malaysia.

ShareTweetPin
Previous Post

PKR TANDING GUNA LOGO SENDIRI DALAM PRN JOHOR

Next Post

KEDAH DAN PULAU PINANG ANTARA NEGERI DALAM AMARAN RIBUT PETIR DAN HUJAN LEBAT

Next Post
KEDAH DAN PULAU PINANG ANTARA NEGERI DALAM AMARAN RIBUT PETIR DAN HUJAN LEBAT

KEDAH DAN PULAU PINANG ANTARA NEGERI DALAM AMARAN RIBUT PETIR DAN HUJAN LEBAT

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • SELERA PATIN BANGAU SAJI SUASANA DAN MENU SELERA KAMPUNG

    HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • KARNIVAL DURIAN RIVER OF LIFE LEMBAH SAHOM KEMBALI LAGI, BAKAL DIANJURKAN PADA 2 & 3 JULAI 2022

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • DATIN LYNDA GHAZZALI RAI WANITA MENOPAUSE DI KEDIAMAN BELIAU

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • TEMASYA BUDAYA @ NEGERI PERAK TARIK MASYARAKAT KENAL LEBIH DEKAT KESENIAN PELBAGAI KAUM NEGERI PERAK
  • Percubaan Kerajaan Negeri Selangor Untuk Mencipta Rekod Baharu di Dalam Malaysia Book of Records
  • PROGRAM JOM BACA @CHADAK MEMUPUK BUDAYA MEMBACA DALAM KALANGAN MASYARAKAT ORANG ASLI
  • BULAN PELANCONGAN ISLAM (ITM 2023): MERAIKAN PENGALAMAN PELANCONGAN MESRA MUSLIM DI MALAYSIA
  • PESTA TEATER RUNCIT SEBUAH PERTANDINGAN TEATER PENDEK ANJURAN FAKULTI TEATER ASWARA
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2021

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2021

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist