SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Politik

PKR TANDING GUNA LOGO SENDIRI DALAM PRN JOHOR

PKR TANDING GUNA LOGO SENDIRI DALAM PRN JOHOR

Azuwa Yusof by Azuwa Yusof
January 27, 2022
in Politik
Reading Time: 1 min read
A A
0
53
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan berlangsung 60 hari bermula tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri akan datang, Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengambil keputusan untuk bertanding menggunakan logo sendiri.

Dua parti sekutunya dalam Pakatan Harapan (PH) iaitu Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Amanah Negara (AMANAH) pula akan bertanding menggunakan logo PH.

Keputusan tersebut dibuat sejurus Mesyuarat Khas yang diadakan pada Rabu lalu di mana persediaan menghadapi PRN Johor dibincangkan.

“Logo kita sudah putuskan yang Keadilan (PKR) guna logo Keadilan (PKR), yang lain-lain guna logo PH. Perbincangan kerusi antara PH juga sudah selesai,” kata Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga merupakan Presiden PKR.

Dalam sebuah kenyataan media yang dikeluarkan oleh Majlis Presiden PH semalam, mereka menyatakan bahawa terdapat pandangan berbeza mengenai permintaan PKR berkenaan penggunaan logo mereka sendiri.

Bagaimanapun, Majlis Presiden PH bersetuju untuk menghormati hasrat PKR yang ingin menggunakan logo mereka sendiri sewaktu bertanding dalam PRN Johor akan datang.

Mereka juga menambah bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menulis kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) agar menyerahkan surat watikah penamaan calon PH kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng serta Mohamad Sabu yang merupakan Presiden AMANAH.

Selain itu, mereka juga akan meneruskan rundingan kerjasama serta pembahagian kerusi bersama parti-parti pembangkang termasuk parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA).

ShareTweetPin
Previous Post

BUSANA ETNIK MALAYSIA BAKAL DITAYANGKAN KE LUAR NEGARA

Next Post

TOURISM MALAYSIA DAN GOPRO LANCAR VIDEO ‘DREAM MALAYSIA’ DALAM USAHA MERANCAKKAN SEMULA INDUSTRI PELANCONGAN NEGARA

Next Post

TOURISM MALAYSIA DAN GOPRO LANCAR VIDEO ‘DREAM MALAYSIA’ DALAM USAHA MERANCAKKAN SEMULA INDUSTRI PELANCONGAN NEGARA

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIODATA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • ZIARAH YANG SAKIT, MENGINGATKAN KITA TENTANG NIKMAT SIHAT
  • BENGKEL KREATIF OKU VOCAL DAN LAKONAN ASAS (DRAMA RADIO) DISEMPURNAKAN OLEH TIMBALAN MENTERI KOMUNIKASI YB TEO NIE CHING
  • BENGKEL KREATIF OKU VOCAL DAN LAKONAN ASA( DRAMA RADIO) E-BRILLE UNTUK OKU BUTA
  • KEMERIAHAN SAMBUTAN HARI WILAYAH PERSEKUTAN BERSAMA MENYANTUI WARGA SETEMPAT
  • JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN DAN PEKESO MEMERIAHKAN HARI WILAYAH 2026
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2025

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2025

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist