SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Tourism

5,000 PELANCONG ANTARABANGSA MENJADI SASARAN LADA TAHUN INI

5,000 PELANCONG ANTARABANGSA MENJADI SASARAN LADA TAHUN INI

Asraf Zin by Asraf Zin
November 17, 2021
in Tourism
Reading Time: 1 min read
A A
0
57
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR: Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) menyasarkan ketibaan seramai 5,000 pelancong antarabangsa pada tahun ini menerusi Gelembung Pelancongan Antarabangsa bagi Projek Rintis Pulau Langkawi yang bermula 15 November 2021.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LADA, Nasaruddin Abdul Muttalib berkata sasaran seramai 5,000 pelancong antarabangsa ke pulau itu dijangkakan dapat membantu menjana pendapatan berjumlah RM24.4 juta.

“Persediaan bagi pembukaan Langkawi kepada pelancongan antarabangsa ini dilaksanakan oleh Pejabat Kesihatan Negeri Kedah dan LADA. Ujian saringan Polimerase-Transkripsi Terbalik (RT-PCR) COVID-19 akan dilakukan terhadap pelancong yang tiba di pulau ini.

“Pemantauan persiapan di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LIA) juga telah dilakukan oleh pihak Malaysia Airport Berhad (MAB) Langkawi telah menyediakan prosedur khas bagi memastikan segalanya berjalan lancar,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata prosedur khas itu bertujuan mengelakkan kesesakan sekali gus melancarkan proses penerimaan pelancong antarabangsa berkenaan di balai ketibaan.

Nasaruddin berkata tiada hotel khusus dipilih sebagai Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) pada masa ini, namun Jabatan Kesihatan negeri telah menggariskan ciri-ciri bilik hotel yang sesuai digunakan jika berlakunya kes positif dalam kalangan pelancong yang tiba di Langkawi.

“Setakat ini, sebanyak 118 bilik telah dikenal pasti dari 20 hotel yang sesuai digunakan sebagai PKRC bagi menempatkan pelancong antarabangsa,” katanya.

Dalam pada itu, Nasaruddin berkata LADA akan mengadakan perbincangan bersama pihak QATAR Airways bagi membincangkan penerbangan terus dari Doha ke Langkawi.

“Tiada penerbangan terus dari destinasi luar negara hari ini. Namun, ada pelancong antarabangsa yang akan tiba melalui penerbangan transit melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Langkawi tetapi jumlah pelancong yang bakal tiba tidak dapat dipastikan lagi,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata bagi Gelembung Pelancongan Domestik pula, ia menunjukkan prestasi memberangsangkan dengan jumlah ketibaan pelancong seramai 77,939 orang dan jumlah pendapatan sebanyak RM80.3 juta.

SUMBER: BERNAMA

ShareTweetPin
Previous Post

PESAWAT HAWK TUDM TERHEMPAS DI PULAU PINANG

Next Post

COVID-19: 6,288 KES BAHARU DILAPORKAN

Next Post

COVID-19: 6,288 KES BAHARU DILAPORKAN

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIODATA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • BEST OF ASEAN PERFORMING ARTS (BOAPA) 2025 CELEBRATES ASEAN YOUTH TALENT AND CULTURAL UNITY
  • KBS KOMITED MENANGANI ISU KESIHATAN MENTAL DALAM KALANGAN BELIA MENERUSI PROJEK DENGAR RAKAN MUDA
  • KEJOHANAN KBS MASTERS GAMES 2025 6000 PESERTA ANTARA BERUMUR 40- 60 TAHUN
  • Syria Care Sasar Menghantar 2 Kontena Pakaian Musim Sejuk ke Syria Tahun Ini
  • ASEAN Film & TV Summit 2025 – Siri 2
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2025

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2025

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist