SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Nasional

3 KES BAHARU OMICRON DIKESAN , HARI INI

3 KES BAHARU OMICRON DIKESAN , HARI INI

Siti Norsyazlina by Siti Norsyazlina
December 26, 2021
in Nasional
Reading Time: 2 mins read
A A
0
32
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Jabatan Kesihatan Negeri Johor melaporkan dua kes positif COVID-19 daripada varian yang dikhuatiri penduduk dunia ; Omicron telah dikesan , semalam , melibatkan kalangan jemaah umrah yang baru pulang dari Arab Saudi di sini .

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor , R Vidyananthan , berkata , kedua-dua kes ini membabitkan sepasang suami isteri yang baru pulang dari menunaikan umrah pada 4 Disember lalu , dan pulang ke Malaysia menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 16 Disember lalu .

Pasangan itu disahkan positif pada 18 Disember lalu , setelah melakukan ujian saringan reaksi rantai polimerase (PCR) di Pintu Masuk Antarabangsa 16 Disember lalu .

“Sampel PCR kemudiannya dihantar ke Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) bagi menjalani proses jujukan genom dan keputusan kemudiannya didapati positif Omicron ,” katanya .

Kini , kedua-duanya sedang menjalani isolasi di rumah mereka di Johor Bahru , manakala kesemua kontak rapat telah dikenal pasti dan diarahkan untuk membuat pengasingan dan pemerhatian di rumah sendiri .

“Susulan perkembangan terbaru ini , rakyat Johor yang pulang dari luar negara khususnya dari umrah dinasihatkan untuk mematuhi arahan kuarantin wajib yang diberikan ,” tambahnya dalam satu kenyataan , hari ini.

Beliau juga menasihatkan penduduk Johor untuk sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling , dan mengamalkan kawalan kesihatan kendiri meskipun sebahagian besar dari rakyat Johor sudah menerima vaksin .

Manakala di Melaka , satu kes varian Omicrom telah dikesan melibatkan seorang wanita berusia 34 tahun , menjadikan individu tersebut sebagai kes pertama varian itu di Melaka .

Pengerusi Kesihatan dan Antidadah negeri , Dr Muhamad Akmal Saleh , berkata jangkitan tersebut dikesan selepas wanita berkenaan turut pulang daripada mengerjakan umrah , baru-baru ini .

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan kes ini positif Omicron , semalam , setelah wanita itu melakukan ujian saringan PCR yang dijalankan IMR , dan segera dimasukkan ke wad isolasi Hospital Melaka untuk pemantauan rapi .

Semalam , Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan sebanyak 49 lagi kes positif COVID-19 yang dijangkiti varian membimbangkan (VOC) Omicron telah dikesan , dengan satu daripadanya berkemungkinan berpunca daripada penularan tempatan .

Dipercayai , penularan tempatan ini dikesan di Sarawak , membabitkan lelaki warganegara China yang tidak mempunyai sejarah keluar-masuk ke luar negara , dan telah bekerja di negeri berkenaan sejak tiga tahun lalu .

Menteri Kesihatan , Khairy Jamaluddin menjelaskan , dengan peningkatan jangkitan varian ini , menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah dikesan di Malaysia adalah berjumlah 62 kes , setakat hari ini .

ShareTweetPin
Previous Post

AMARAN RIBUT PETIR DAN HUJAN LEBAT DI BEBERAPA NEGERI

Next Post

KTMB BUKA JUALAN TIKET ETS DAN KTM INTERCITY TAHUN 2022

Next Post

KTMB BUKA JUALAN TIKET ETS DAN KTM INTERCITY TAHUN 2022

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIODATA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • BEST OF ASEAN PERFORMING ARTS (BOAPA) 2025 CELEBRATES ASEAN YOUTH TALENT AND CULTURAL UNITY
  • KBS KOMITED MENANGANI ISU KESIHATAN MENTAL DALAM KALANGAN BELIA MENERUSI PROJEK DENGAR RAKAN MUDA
  • KEJOHANAN KBS MASTERS GAMES 2025 6000 PESERTA ANTARA BERUMUR 40- 60 TAHUN
  • Syria Care Sasar Menghantar 2 Kontena Pakaian Musim Sejuk ke Syria Tahun Ini
  • ASEAN Film & TV Summit 2025 – Siri 2
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2025

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2025

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist