Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) hari ini (25 Disember) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa negeri.
Amaran ribut petir dan hujan lebat sehingga 6:00 petang antaranya di negeri Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Pekan dan Rompin), Johor (Mersing), Sarawak: Bentong (Saratok dan Kabong), Sarikei (Pekan dan Julau), Kapit (Belaga), Bintulu (Tatau dan Bintulu) dan Miri (Subis dan Miri), Sabah: Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Pitas)
Manakala amaran yang sama turut dikeluarkan sehingga jam 7:00 malam antaranya di Negeri Sembilan (Jelebu dan Seremban), Johor (Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru)
SUMBER INFO: MET MALAYSIA