SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Senitv.com

LOGHAT PERAK TENGAH DALAM PEMENTASAN TEATER ‘CICIT WAN LEBO’ TONJOL KEUNIKAN DAN BUDAYA NEGERI PERAK SEBAGAI TARIKAN UTAMA

LOGHAT PERAK TENGAH DALAM PEMENTASAN TEATER ‘CICIT WAN LEBO’ TONJOL KEUNIKAN DAN BUDAYA NEGERI PERAK SEBAGAI TARIKAN UTAMA

Asraf Zin by Asraf Zin
December 24, 2021
in Senitv.com
Reading Time: 2 mins read
A A
0
499
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Kemunculan teater ‘Cicit Wan Lebo’ yang mengetengahkan loghat Perak Tengah dilihat bakal mempromosikan adat dan budaya negeri Perak sekali gus menyemarakkan kembali industri teater setelah mengalami zaman ‘suram’ akibat penularan COVID-19.

‘Cicit Wan Lebo’ merupakan sebuah karya arahan pelakon Amran Nasrudin yang menampilkan latar belakang cerita masyarakat di perkampungan Ekor, Bota sekitar tahun 1970an.

Pengarah teater Cicit Wan Lebo, Encik Amran Nasarudin
Pengarah, Encik Amran Nasarudin (tengah) bersama Ayu Mansor (kiri) dan Anne Zahurin (kanan) ketika sesi latihan
Encik Amran Nasarudin ketika menyampaikan kata-kata kepada para pelakonnya dan semua yang terlibat dalam teater

Menurut Ahli Parlimen Parit, Datuk Mohd Nizar Haji Zakaria berkata, teater ‘Cicit Wan Lebo’ merupakan satu aset kepada negeri Perak dari aspek pendapatan menerusi pelancongan.

“Saya yakin Bahasa, Seni dan Budaya yang diserapkan dalam pementasan ini seperti lagu, tari dan pengucapan loghat itu sendiri akan menjadi tarikan dan dapat mengisi ruang pentas dengan baik,” tambahnya lagi ketika berucap dalam perasmian teater ‘Cicit Wan Lebo’ di Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC), Jalan Ampang di sini baru-baru ini.

Anne Zahurin sebagai watak utama (Wan Lebo) ketika sesi latihan

Selain mengetengahkan bakat-bakat baru yang antaranya terdiri daripada pelakon kanak-kanak, teater ini juga turut mengetengahkan elemen puisi tradisional seperti pantun dan seloka serta warisan seni dan budaya seperti perubatan tradisional kampung.

Zahra Auni, pelakon kanak-kanak yang berbakat
Amirul Iskandar (budak lelaki) yang memegang watak cacat
Ayu Mansor yang memegang watak Senah sebagai cucu Wan Lebo
Amirul Iskandar (kiri) ketika membaca skrip bersama Ayu Mansor (tengah) dan Zahra Auni (kanan)

Dalam pada itu, Presiden Yayasan Artis Veteran Malaysia (YAVM), Kismah Johar melahirkan perasaan terima kasih di atas pembikinan teater itu kerana dapat mengisi tabung kebajikan YAVM bagi membantu artis-artis veteran dalam meneruskan kelangsungan hidup.

“Ramai artis veteran yang terjejas pendapatan akibat pandemik COVID-19, yang tidak lagi dapat berkarya kerana menghidap penyakit kronik atau yang tidak lagi mendapat tawaran berlakon dan menyanyi kerana terpaksa bersaing dengan artis muda,” katanya ketika menyampaikan ucapan.

Zuridah yang memegang watak Mak Piah
Mubarak Majid (kiri) ketika sesi latihan teater bersama Anne Zahurin
Imuda (kiri) yang juga terlibat dalam teater Cicit Wan Lebo
Encik Amran Nasarudin (tengah) melihat lakonan pelakonnya ketika sesi latihan

Teater ini bakal dilakonkan oleh para pelakon seperti Anne Zahurin, Mubarak Majid, Lan Zainal, Fathil Dani, Ewan Deen, Rose Aida, Ayu Mansor, Syafiq Syazim, Alif Azeman, Azmi Daim, Syawal, Razif Ajeep, Raffie Apa serta artis jemputan iaitu Imuda dan Zarina Zainudin.

Band Rosewell turut sama berlatih ketika sesi latihan teater
Cikgu Ayie yang mengetuai Band Rosewell
Kumpulan Sanggar Mustika Ventures yang bakal memaparkan seni tarian dabus dalam teater Cicit Wan Lebo

Teater ‘Cicit Wan Lebo’, anjuran YAVM dengan Kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC) dan Lembaga Penggalakkan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) ini bakal dipentaskan di Auditorium Tuanku Abdul Rahman, MATIC, Kuala Lumpur bermula 28 Disember hingga 31 Disember 2021 bermula jam 8.30 malam.

Tiket-tiket yang berharga RM20 dan RM30 boleh didapati orang ramai dengan pembelian kupon. Sebarang tempahan boleh hubungi talian di 010-2819954 (Urusetia).

ShareTweetPin
Previous Post

4 LAGI KES POSITIF COVID-19 VARIAN OMICRON DILAPORKAN DI SARAWAK

Next Post

AMARAN RIBUT PETIR DAN HUJAN LEBAT DI BEBERAPA NEGERI

Next Post

AMARAN RIBUT PETIR DAN HUJAN LEBAT DI BEBERAPA NEGERI

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TOYOTA CROWN SPORT 2024 – BENTUK BADAN SUV DENGAN RUPA ALA PUROSANGUE

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • JKKN 数字门户网站正式上线 “将国家文化艺术带入数字时代”
  • PELANCARAN PORTAL DIGITAL JKKN “MELONJAKKAN SENI BUDAYA NEGARA KE ERA DIGITAL”
  • Malaysia and Bangladesh to cooperate on investigation of suspected Bangladeshi nationals over militancy
  • PENGIKTIRAFAN FOREST RESEARCH INSTITUTE MALAYSIA (FRIM) FOREST PARK SELANGOR (FPS) SEBAGAI TAPAK WARISAN DUNIA UNESCO
  • LAWATAN KE WARISAN KUALA LUMPUR ANJURAN CATS
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2023

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2023

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist