SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Info@swatv

RAPATKAN JURANG PENJAGAAN KANSER SEMPENA HARI KANSER SEDUNIA 2022

RAPATKAN JURANG PENJAGAAN KANSER SEMPENA HARI KANSER SEDUNIA 2022

Azuwa Yusof by Azuwa Yusof
February 4, 2022
in Info@swatv, Nasional
Reading Time: 2 mins read
A A
0
289
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Pada 4 Februari setiap tahun, Hari Kanser Sedunia disambut di seluruh pelusuk dunia dan tema pada tahun ini ialah Close the Care Gap atau Rapatkan Jurang Penjagaan Kanser.

Negara kita turut tidak melepaskan peluang bagi menyambut Hari Kanser Sedunia pada tahun ini.

Berdasarkan laporan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat peningkatan kes kanser sebanyak 11 peratus bagi tempoh 2012 hingga 2016 berbanding tempoh 2007 hingga 2011.

KKM juga melaporkan bahawa kanser merupakan penyebab utama kematian di hospital-hospital swasta manakala di hospital KKM, penyakit tersebut merupakan penyebab kematian keempat.

Menurut KKM, kanser usus besar, kanser paru-paru dan kanser prostat merupakan tiga jenis kanser yang kerap berlaku dalam kalangan lelaki di Malaysia manakala bagi golongan wanita pula ialah kanser payudara, kanser usus besar dan juga kanser serviks.

Pengambilan tembakau merupakan faktor utama berlakunya penyakit kanser di mana sebanyak 22 peratus daripada kes kematian akibat kanser berpunca daripada faktor tersebut.

Oleh itu, KKM kini sedang meneliti pelaksanaan larangan dan pemilikan sebarang produk merokok melalui peruntukan berkaitan Generational End Game dalam Akta Kawalan Tembakau dan Merokok yang bakal dibentangkan dengan harapan dapat mengurangkan jumlah perokok baru dan menumpukan perhatian kepada kos rawatan pesakit sedia ada.

Sempena sambutan Hari Kanser Sedunia, Menteri Kesihatan Malaysia iaitu YB Khairy Jamaluddin menasihati semua lapisan masyarakat agar mengamalkan gaya hidup sihat dan menjaga kesihatan diri.

Beliau turut menyeru agar semua berganding bahu bersama KKM bagi mengurangkan beban kanser yang kian meningkat dalam masa yang sama menangani jurang penjagaan kanser di Malaysia.

KKM turut bakal menganjurkan beberapa aktiviti sempena Hari Kanser Sedunia 2022 bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan orang ramai.

Poster aktiviti sempena Hari Kanser Sedunia 2022 anjuran KKM

Antara aktiviti yang bakal dianjurkan adalah Seminar Hari Kanser Sedunia 2022 yang akan berlangsung pada 17 Februari 2022 jam 9 pagi di Facebook Live @myhealthkkm.

Selain itu, Larian Virtual Hari Kanser Sedunia 2022 bakal berlangsung dari 17 hingga 28 Februari 2022 dan pendaftaran bagi acara tersebut telah dibuka.

Bagi yang berminat untuk menyerai acara larian virtual tersebut,, pendaftaran boleh dilakukan di World Cancer Day 2022 Virtual Run | Checkpoint Spot.

SUMBER FOTO: LAMAN TWITTER RASMI KKMALAYSIA (@KKMPutrajaya)

ShareTweetPin
Previous Post

TIADA BAYARAN PROSES UPUONLINE UNTUK KEMASUKAN PELAJAR BAGI SESI AKADEMIK 2022/2023

Next Post

TUN DR MAHATHIR MASIH MENJALANI PROSES RAWATAN PEMULIHAN

Next Post

TUN DR MAHATHIR MASIH MENJALANI PROSES RAWATAN PEMULIHAN

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIODATA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • Sos cili pedas IBU oleh Dato’ Khadijah Ibharim kini menembusi pasaran Berunai
  • 亚洲童星品牌联合共赢发布会
  • Majlis Pelancaran Kerjasama & Pemerkasaan Jenama Asia’s Kids Star
  • BEST OF ASEAN PERFORMING ARTS (BOAPA) 2025 CELEBRATES ASEAN YOUTH TALENT AND CULTURAL UNITY
  • KBS KOMITED MENANGANI ISU KESIHATAN MENTAL DALAM KALANGAN BELIA MENERUSI PROJEK DENGAR RAKAN MUDA
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2025

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2025

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist