4 Februari 2022: YABhg. Tun Dr Mahathir bin Mohamad masih menjalani proses rawatan pemulihan di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.
Sejak Rabu (2 Februari), YABhg. Tun telah dibenarkan untuk pulang ke rumah dan kemudian kembali semua ke IJN untuk jalani sesi fisioterapi dan prosedur perubatan lanjut.
Sementara itu, YABhg. Tun dan YABhg. Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali turut menyampaikan ucapan terima kasih atas doa, ucapan selamat, kiriman bunga dan kad ucapan dari orang ramai.
YABhg. Tun Dr Mahathir akan terus menjalani rawatan pemulihan dan buat masa ini mash dinasihatkan untuk tidak menerima kunjungan pelawat.