SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Info@swatv

PENINGKATAN HARGA MINYAK SAWIT MENTAH BERI KEUNTUNGAN BUAT PEKEBUN KECIL

PENINGKATAN HARGA MINYAK SAWIT MENTAH BERI KEUNTUNGAN BUAT PEKEBUN KECIL

Asraf Zin by Asraf Zin
February 6, 2022
in Info@swatv
Reading Time: 2 mins read
A A
0
88
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Peningkatan harga Minyak Sawit Mentah (MSM) di paras RM5,750 setiap tan pada 3 dan 4 Februari 2022 pastinya memberi khabar gembira dan keuntungan kepada hampir 400,000 pekebun kecil di seluruh negara.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Hajah Zuraida Kamarudin berkata, peningkatan ini adalah bukti komitmen Kementerian melalui agensi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) bersama Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC) dalam membantu rakyat menerusi pelbagai inisiatif dan dasar kerajaan.

“KPKK akan terus berusaha memperluaskan pasaran minyak sawit Malaysia ke pasaran luar negara khususnya di Asia Barat seperti Turki dan Arab Saudi memandangkan terdapat peningkatan eksport minyak sawit Malaysia ke Turki dengan jumlah 703,588 tan pada 2021 dan komitmen Arab Saudi untuk meningkatkan import minyak sawit Malaysia kepada 500,000 tan dengan anggaran nilai mencecah RM1.5 bilion tahun ini”, katanya.

Menurut Datuk Hajah Zuraida lagi, lawatan oleh beliau dan delegasi KPKK ke Arab Saudi telah berjaya menandatangani beberapa memorandum persefahaman (MoU) dengan beberapa syarikat antaranya Savola Group, yang merupakan pengimport dan pengedar minyak makan terbesar di Arab Saudi.

Selain itu, KPKK juga turut menjalinkan tiga bidang Kerjasama termasuk pembinaan terminal penyimpanan tangka di Jeddah, menjadikan Arab Saudi sebagai hab eksport semula minyak sawit Malaysia dan kempen bersama bagi mempromosikan kebaikan minyak sawit Malaysia ke negara berkenaan.

“Saya yakin industri sawit negara akan terus berkembang maju dengan usaha berterusan Kementerian ini”, katanya menerusi satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Datuk Hajah Zuraida dan KPKK pada ketika ini terus komited bagi memastikan kepentingan jangka panjang industry minyak sawit terjaga walaupun terdapat sekatan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropan (EU) terhadap minyak sawit Malaysia.

“Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama denagn Kementerian dalam usaha menangani propaganda anti-minyak sawit oleh negara-negara barat yang jelas bertujuan untuk menjatuhkan industri minyak sawit negara,

“Kita perlu memastikan industri sawit negara akan terus menjadi antara penyumbang terbesar kepada ekonomi negara”, tambahnya.

ShareTweetPin
Previous Post

TUN DR MAHATHIR MASIH MENJALANI PROSES RAWATAN PEMULIHAN

Next Post

DEWAN PERNIAGAAN MELAYU NEGERI PERAK BAKAL MEMPUNYAI SALURAN MEDIA DIGITAL HASIL KERJASAMA BERSAMA SWA TV

Next Post
DEWAN PERNIAGAAN MELAYU NEGERI PERAK BAKAL MEMPUNYAI SALURAN MEDIA DIGITAL HASIL KERJASAMA BERSAMA SWA TV

DEWAN PERNIAGAAN MELAYU NEGERI PERAK BAKAL MEMPUNYAI SALURAN MEDIA DIGITAL HASIL KERJASAMA BERSAMA SWA TV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • SELERA PATIN BANGAU SAJI SUASANA DAN MENU SELERA KAMPUNG

    HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TOYOTA CROWN SPORT 2024 – BENTUK BADAN SUV DENGAN RUPA ALA PUROSANGUE

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • – KL CAR FREE MORNING (ISTIMEWA RUN) PERINGKAT WP KUALA LUMPUR 2025
  • PENGKUATKUASAAN TERHADAP ENTITI YANG BERKAITAN DENGAN KEMALANGAN BAS PERSIARAN MELIBATKAN PELAJAR UPSI
  • 媒体报道 旅游、艺术与文化部 对涉及UPSI学生的广播巴士事故采取执法行动
  • YB TMA Hadiri Pelancaran Pusat Kecemerlangan Penyelidikan & Inovasi Ekonomi Islam (i-RISE) di Sasana Kijang, Bank Negara
  • 首相署(宗教事务)部新闻稿:YAPEIM AL-FALAH 祭祀:全国126个地点共计145头牛,受益人数超过6万
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2023

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2023

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist