KAMPAR: Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Perak (DPMMPk) menerusi satu perkongsian di laman Facebook telah membuat satu persetujuan untuk bekerjasama bersama syarikat SWA TV pada Ahad (6 Feb).
Hasil persetujuan kerjasama tersebut telah membawa kepada satu Saluran Media Digital untuk Negeri Perak bakal dibina untuk DPMMPk dengan bimbingan oleh syarikat SWA TV.
Sekitar berlangsungnya sesi mesyuarat antara SWA TV bersama Dewan Melayu negeri Perak
Mesyuarat yang diadakan di Sahom Valley Resort, Kampar, Perak pada Ahad (6 Feb) sekitar 10:00 pagi membawa kepada pertemuan antara Tuan Azmi Jaffri, Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat SWA TV bersama lr. Ts Kamarullaffie Bin Hj Ahmad, YDP Dewan Melayu Negeri Perak serta turut disaksikan oleh Tuan Shariff Ali Bin Jabad Ali, Pengarah Urusan Sahom Valley Resort.
Cenderahati turut diberikan kepada Tuan Shariff Ali (Kiri) setelah tamat mesyuarat
“DPMMPk menerusi perkongsian di laman Facebook mengucapkan ribuan terima kasih kepada SWA TV kerana bekerjasama dalam mencipta sejarah membangunkan satu Saluran Media Digital untuk DPMMPk.
“Tidak ketinggalan juga buat Sahom Valley Resort kerana menyediakan tempat untuk bermesyuarat serta mencipta pengalaman buat kami menikmati makanan dan minuman di atas sungai”, menurut perkongsian Dewan Melayu Negeri Perak menerusi laman Facebook.
Sumber Foto: Laman Facebook Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Perak