SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Info@swatv

En Mohd Azad Bin Jasmi. Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Kedah Berhad melancarkan ISPE-18 peringkat lokasi Langkawi

Azad Bin Jasmi. Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Kedah Berhad melancarkan ISPE-18 peringkat lokasi Langkawi

SWA TV by SWA TV
January 13, 2024
in Info@swatv
Reading Time: 3 mins read
A A
0
203
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Sempena Penganjuran ‘18th INTERNATIONAL SYMPOSIUM ON POLYMER ELECTROLYTE’ (ISPE- 18)
23hb – 28hb Jun 2024, Langkawi, Kedah.

Persidangan International Symposium on Polymer Electrolytes (ISPE-18) yang dianjurkan oleh
American Chemical Society (ACS) Malaysian Chapter bersama pelbagai agensi kerajaan dan swasta
yang berkaitan bakal berlangsung pada 23hb-28hb Jun 2024 ini menyediakan platform dalam
melahirkan saintis bertaraf dunia dan ke arah Saintis MADANI di mana ia memenuhi tiga tunjang asas
MADANI iaitu kemampanan, kesejahteraan dan kreativiti. ISPE-18 merupakan satu perhubungan yang
tidak ternilai dimana ia menyatukan penyelidik, saintis, pendokong dan pemain industri dari seluruh
dunia. Ia adalah satu platfom untuk pertukaran pengetahuan, pandangan, penyelidikan, pengalaman
dan inovasi terobosan dalam bidang elektrolit polimer. Simposium ini mempunyai ciri khas untuk
menghimpunkan tokoh-tokoh terkenal, pemimpin-pemimpin industri yang berpengaruh untuk memacu
sempadan teknologi elektrolit polimer dalam jangkauan masa hadapan.

 

En Mohd Azad Bin Jasmi. Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Kedah Berhad

telah sempurnakan majlis tersebut.

 

Sejarah ISPE yang telah mula bersidang sejak 1987 dan diadakan hanya dua tahun sekali. ISPE telah
dianjurkan dipelbagai Negara di antaranya Italy, Perancis, Amerika Syarikat, Sweden, Jepun, Australia,
Poland, Brazil, Portugal, dan Iceland. Penganjuran terakhir telah dihoskan di Kanada pada tahun 2022.
Pulau Langkawi, Kedah Darul Aman telah terpilih untuk di adakan persidangan bertaraf dunia ini dan
bakal menerima kehadiran hampir 300 orang penyelidik dan saintis pelbagai negara, 100 penyelidik
dan saintis tempatan, 1000 penyertaan pelajar didalam aliran dan bidang sains, beberapa pemain
industri tenaga, beberapa pemain industri pelancongan serta lebih 1000 tetamu pelancongan negara
luar ke Malaysia bagi meraikan persidangan yang bersejarah ini. Pengiktirafan ini juga telah menjadikan
Malaysia adalah negara pertama dirantau Asia Tenggara sebagai penganjur. Buat pertama kalinya
dalam sejarah ISPE-18 telah dapat menarik penyertaan terbesar saintis dari China melalui inisiatif
syarikat NQ Cultural Commercial Sdn Bhd di dalam jalinan kerjasama antara penganjur IBC Sdn Bhd
dengan Wuxi Federation Industry of Commerce China. Ini menjadikan matlamat yang dirancang bagi
mewujudkan perhubungan para penyelidik dan saintis antara Timur dan Barat.

Persidangan ISPE-18 kali ini akan tertumpu kepada tema yang telah diperbincangkan bersama
mengikut keperluan semasa iaitu ‘Perlepasan Karbon Sifar Dengan Merevolusikan Tenaga
Dengan Eletrolit Polimer Untuk Aplikasi Penyimpanan Tenaga’. Tema yang dipilih secara teliti
melalui kajian ini adalah sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang ditubuhkan oleh
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. SDG ini direka bentuk untuk memudahkan Pembangunan global
secara inklusif dan komprehensif untuk menangani cabaran global yang kritikal masa ini. Dalam rangka
kerja SDG, Matlamat 7,11 dan 13 mempunyai kepentingan tertentu, kerana ia berkaitan dengan tenaga
Mampu Milik dan Bersih, Bandar dan Komuniti Lestari serta Tindakan Iklim. Matlamat ini selaras dengan
Plan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR) Malaysia dan berfungsi sebagai prinsip dan objektif
asas yang membimbing organisasi ISPE-18. Penganjuran ISPE-18 dijangka akan memberikan idea dan
landasan dalam pembangunan teknologi storan tenaga hijau dan kenderaan (EV), sekali gus
merealisasikan matlamat Malaysia untuk mencapai perlepasan karbon bersih-sifar menjelang tahun
2050.

 

 

 

Majlis sidang media ke-2 kali ini di Langkawi telah mendapat kerjasama dan sokongan diluar jangkaan

penganjuran dimana pelbagai pemain industri pelancongan telah memberikan kerjasama didalam
mencipta sejarah ISPE-18. Antara yang telah memberikan sokongan bagi penganjuran ini adalah,
Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) – agensi dibawah Kementerian Kewangan, Malaysia
Convention & Exhibition Bureau atau (MyCEB) -agensi dibawah Kementerian Pelancongan, Seni Dan
Budaya, NanoMalaysia Berhad – agensi dibawah Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi. Dalam
masa yang sama, pihak penganjur juga sedang dalam inisiatif untuk mendapatkan sokongan dan
kerjasama melalui surat permohonan kepada beberapa Kementerian serta agensi yang berkaitan
termasuk memohon perhatian YAB Perdana Menteri Malaysia. Majlis kali ini juga akan menyaksikan
satu pengiktirafan penganjur ISPE-18 terhadap Pulau Langkawi sebagai Scientific Island: Source of
Inspiration. Kami juga berbesar hati atas kesudian Yang Berbahagia En. Azad Bin Jasmi, Ketua Pegawai
Eksekutif Permodalan Kedah Berhad yang sudi melancarkan ISPE-18 peringkat lokasi Langkawi. Kami
melihat kesudian En Azad untuk bersama meraikan ISPE-18 di Langkawi sebagai komitmen sokongan
kerajaan negeri Kedah, melalui agensinya kepada penganjuran ISPE-18 yang dibawa ke Langkawi.
Sekretariat ISPE-18.
Untuk sebarang pertanyaan dan infomasi berkaitan sila hubungi Cik Nufa Yaakub, 013- 2648611 atau
email kepada ispe18.my@gmail.com.

 

ShareTweetPin
Previous Post

LIMKOKWING UNIVERSITY OF CREATIVE TECHNOLOGY (LUCT) TO SHOWCASE DESIGNS BY 20 YOUNG FASHION DESIGNERS AT THE DREAMWEAVERS FASHION RUNWAY IN SUPPORT OF IKAT 2.0 : KL EDITION

Next Post

HARI KRU MALAYSIA 2024 BANYAK PERANCANGAN UNTUK MEMBERI SINAR PADA SEMUA KRU

Next Post

HARI KRU MALAYSIA 2024 BANYAK PERANCANGAN UNTUK MEMBERI SINAR PADA SEMUA KRU

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIODATA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • BEST OF ASEAN PERFORMING ARTS (BOAPA) 2025 CELEBRATES ASEAN YOUTH TALENT AND CULTURAL UNITY
  • KBS KOMITED MENANGANI ISU KESIHATAN MENTAL DALAM KALANGAN BELIA MENERUSI PROJEK DENGAR RAKAN MUDA
  • KEJOHANAN KBS MASTERS GAMES 2025 6000 PESERTA ANTARA BERUMUR 40- 60 TAHUN
  • Syria Care Sasar Menghantar 2 Kontena Pakaian Musim Sejuk ke Syria Tahun Ini
  • ASEAN Film & TV Summit 2025 – Siri 2
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2025

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2025

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist