SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Hiburan

AWESOME TV HIMPUN LEBIH 150 PROGRAM HEBAT SEPANJANG SYAWAL

AWESOME TV HIMPUN LEBIH 150 PROGRAM HEBAT SEPANJANG SYAWAL

Azuwa Yusof by Azuwa Yusof
April 22, 2022
in Hiburan
Reading Time: 3 mins read
A A
0
239
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Awesome TV dengan berbesar hati untuk terus menyaji kandungan menarik sepanjang bulan Ramadan al-Mubarak dengan menghimpunkan lebih 150 buah pengisian istimewa melalui kempen ‘Ikhlaskan Jiwa, Dekat DenganNya’.

Kempen tersebut bakal bermula pada 2 Mei 2022 sempena musim perayaan secara eksklusif di platform Astro (saluran 123) dan MyTV (saluran 112).

Pengarah Unit Kandungan Awesome TV, Datin Ezzan Zalilah Zulfadzli berkata, “Bagi meraikan semangat hari lebaran menerusi Kempen ‘Ikhlaskan Jiwa, Dekat DenganNya’, Awesome TV menjanjikan kandungan yang cukup komprehensif sepanjang Syawal sebagai tanda penghargaan demi menambat hati para penonton yang tidak henti-henti menghulurkan sokongan sejak hari pertama kami beroperasi sehingga kini.”

Beliau turut berkata  bahawa 150 program istimewa yang bakal mengisi kempen ‘Ikhlaskan Jiwa, Dekat DenganNya’ merangkumi pelbagai genre seperti kandungan hiburan berbentuk ‘spin-off’, variasi, muzikal, sketsa, komedi, telefilem, drama bersiri, koleksi filem terlaris tempatan dan antarabangsa termasuklah filem-filem Bollywood, naskhah klasik malar segar serta banyak lagi.

Rancangan ‘Konsert Mic On! Raya’ dengan penampilan istimewa Mas Idayu, Black, Tomok, Ajak Shiro, Ropie serta peserta program ‘Mic On!’ musim pertama dan kedua dijadualkan untuk bersiaran pada malam raya pada jam 8:30 malam dan disusuli dengan telefilem ‘Takbir Semalam’ lakonan Fauziah Nawi, Syafie Naswip, Syazwan Zulkifly, Wan Sharmila dan Siti Hariesa pada jam 10:30 malam.

Slot ‘Ohsem Tele’ juga bakal membariskan seleksi telefilem yang sarat dengan penceritaan menarik seperti ‘Jeman’ arahan Rashid Sibir yang bakal disiarkan pada 3 Mei 2022 jam 9:00 malam.

Bukan itu sahaja, pelbagai telefilem segar juga bakal mengisi slot yang sama pada setiap hari Ahad jam 9:00 malam iaitu ‘Mat Ri Ye Pak Din’, ‘Nawfal Nak Raya’, ‘Syurga Nur Muhammad’ dan ‘Kasih Yang Ternoda’.

                                                                                                       

Antara program yang bakal disiarkan di Awesome TV melalui kempen ‘Ikhlaskan Jiwa, Dekat DenganNya’

Program-program seperti ‘Perang Malam Ini Raya’, ‘Roller Kata Raya’, ‘Memoria Raya’, ‘Jawapan Panas 2’, ‘Rumah Insaf’, ‘Chit Chat Ustaz Raya’, ‘Ramadrama’ dan banyak lagi pula bakal mengisi slot ‘Ohsem-Tainment’.

Awesome TV turut memperkenalkan slot khas ‘Konsert – Special Raya’ bermula pada hari raya kedua (4 Mei) hingga hari raya kelima (7 Mei) jam 2.00 petang dengan menampilkan program ‘Lawak Ke Der’ edisi 2013, 2014, 2015 dan 2016 serta ‘Baik Punya Konsert’ akan disiarkan pada 7 Mei jam 10:00 malam istimewa untuk peminat genre komedi dan muzikal.

Slot ‘Ohsem Lejen’ pula akan terus menyajikan filem-filem klasik yang diterajui Seniman Agung Negara, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee sepanjang musim lebaran ini seperti ‘Madu Tiga’, ‘Hang Tuah’, ‘Masam Masam Manis’ dan ‘Singapura Dilanggar Todak’ pada setiap hari Khamis jam 10.00 malam.

Koleksi filem tempatan menarik yang sesuai untuk tontonan seisi keluarga seperti ‘Abang Long Fadhil’, ‘Cuci’, ‘Lemak Kampung Santan’, ‘Layar Lara’ dan ‘Adnan Sempit’ Bahagian 1 hingga 3 bakal mengisi slot ‘Filem Kita’.

Slot ‘Malar Segar’ pula bakal membariskan filem-filem menarik seperti ‘Ali Setan 1 & 2’ dan ‘Maria Mariana 1 & 2’ yang akan menemani penonton pada setiap hari Selasa jam 9.00 malam.

Bagi peminat filem-filem Bollywood, slot ‘Hindi Special’ yang bakal diisi dengan filem-filem seperti ‘Mann’, ‘My Name Is Khan’, ‘Chori Chori Chupke Chupke’, ‘Aa Ab Laut Chalen’, ‘Na Tum Jaano Na Hum’ dan ‘Tere Naam’ pastinya dinanti-nantikan.

Filem antarabangsa seperti ‘Wild Wild West’, ‘Big Game’, ‘Cat Woman’ dan ‘Drive Angry’ juga bakal disiarkan melalui slot ‘Awesome Movie’ pada setiap hari Isnin, jam 10.00 malam.

ShareTweetPin
Previous Post

POLIS JOHOR, KASTAM TAHAN LORI BAWA MUATAN MINUMAN KERAS TIDAK BERCUKAI

Next Post

VIVO SERTAI PROGRAM BERSAMA JAWATANKUASA TETAP PENGGUNA NEGERI SELANGOR DENGAN KERJASAMA MAJLIS TINDAKAN PENGGUNA NEGARA NEGERI SELANGOR

Next Post

VIVO SERTAI PROGRAM BERSAMA JAWATANKUASA TETAP PENGGUNA NEGERI SELANGOR DENGAN KERJASAMA MAJLIS TINDAKAN PENGGUNA NEGARA NEGERI SELANGOR

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIODATA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • Kad Digital Perkenal Budaya Malaysia Secara Interaktif
  • MEMUDAHKAN AKSES RAKYAT: BAS GO KL KINI BEROPERASI KE HOSPITAL REHABILITASI CHERAS
  • PENGERUSI ANGKASA NEGERI SELANGOR HADIR MEWAKILI TIMBALAN PRESIDEN ANGKASA KE MAJLIS IFTAR & PENYAMPAIAN SUMBANGAN EHSAN RAMADAN KEPADA ANAK-ANAK YATIM,ASNAF,MUALAF DAN TAHFIZ ANJURAN KOPERASI AGRO MAKANAN SELANGOR BERHAD
  • ZIARAH YANG SAKIT, MENGINGATKAN KITA TENTANG NIKMAT SIHAT
  • BENGKEL KREATIF OKU VOCAL DAN LAKONAN ASAS (DRAMA RADIO) DISEMPURNAKAN OLEH TIMBALAN MENTERI KOMUNIKASI YB TEO NIE CHING
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2025

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2025

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist