SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Hiburan

AWESOME TV: PAK NIL DILANTIK SEBAGAI TENAGA PENGAJAR PERSONALITI BERITA 757

AWESOME TV: PAK NIL DILANTIK SEBAGAI TENAGA PENGAJAR PERSONALITI BERITA 757

Azuwa Yusof by Azuwa Yusof
April 14, 2022
in Hiburan
Reading Time: 2 mins read
A A
0
208
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Awesome TV menerusi penerbitan program Berita 757 konsisten mengupas kandungan berita berkaitan dengan isu-isu semasa dan sensitif yang dekat dengan masyarakat tanpa menyebelahi mana-mana pihak.

Langkah tersebut dilakukan oleh Awesome TV bagi mengukuhkan kedudukan dan kredibiliti stesen televisyen tersebut sebagai jenama utama yang berani menyalurkan maklumat telus dalam menyuarakan kebenaran demi kebajikan masyarakat.

Sekitar Majlis Pengumuman Kolaborasi Strategik Berita 757 & Datuk Aznil Haji Nawawi (Pak Nil)

Dilancarkan pada 1 Februari 2022 lalu, program Berita 757 bersiaran secara lansung pada jam 7.57 malam pada setiap hari di saluran 123 bagi platform Astro dan saluran 112 bagi MyTV dengan slogan ‘Rakyat Keutamaan Kami’.

Berdurasi selama 33 minit, Berita 757 membawakan laporan harian yang meliputi berita-berita nasional, tempatan, dan luar negara merangkumi segmen politik, isu semasa, ekonomi, jenayah, hiburan dan sukan.

Empat personaliti berita yang bertanggungjawab mengendalikan slot harian secara bergilir-gilir bagi program Berita 757 ialah Dr Mohd Ghazali Taib, Ain Syuhada Ahmad Bohari, Nadhra Mohd dan Adriana Ghafar.

Barisan personaliti Berita 757

“Selaku stesen televisyen yang berperanan sebagai cermin masyarakat, kami memikul tanggungjawab besar dalam melaporkan berita yang diperoleh daripada sumber yang tepat secara adil tanpa memihak atau dikawal oleh mana-mana pihak yang mempunyai kuasa politik atau 2 berkepentingan. Kami berpegang kepada kebebasan media serta berani menongkah arus untuk memberi kritikan dan teguran membina sambil menyalurkan maklumat,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Awesome TV, Dato’ Adam Ilyas.

Awesome TV juga melantik selebriti tersohor tanah air iaitu Datuk Aznil Haji Nawawi atau lebih mesra dengan panggilan Pak Nil sebagai tenaga pengajar bagi melatih dan membimbing barisan personaliti Berita 757 dalam menyuntik kelainan unik dari segi penyampaian sekaligus menyerlahkan pesona mereka.

Pak Nil bersama barisan personaliti Berita 757 yang bakal dilatih beliau

“Kami amat berbesar hati dengan kehadiran Pak Nil yang sudi berkongsi pengalaman dan kepakaran yang beliau miliki untuk melatih personaliti ‘Berita 757’. Dengan legasi seni lebih 30 tahun berkecimpung dalam bidang pengacaraan, kredibiliti dan reputasi cemerlang beliau sebagai personaliti TV dan pengacara yang disegani meletakkan Pak Nil sebagai guru yang dilihat paling layak untuk memberikan tunjuk ajar kepada pembaca berita kami,” ulas Dato’ Adam Ilyas mengenai pelantikan Pak Nil sebagai tenaga pengajar.

Awesome TV juga akan mengadakan uji bakat terbuka bagi pencarian bakat baharu yang berpotensi untuk diketengahkan sebagai personality  Berita 757 dan butiran lanjut mengenai perancangan tersebut bakal diumum dari semasa ke semasa.

ShareTweetPin
Previous Post

HRD CORP LANCAR INISIATIF MICROCREDENTIAL BERASASKAN INDUSTRI PERTAMA NEGARA UNTUK RAKYAT MALAYSIA

Next Post

KPDNHEP LAKSANAKAN OPS SAMAR BAGI BANTERAS ISU PENJUALAN PETROL RON95 KEPADA KENDERAAN BERPENDAFTARAN ASING

Next Post
KPDNHEP LAKSANAKAN OPS SAMAR BAGI BANTERAS ISU PENJUALAN PETROL RON95 KEPADA KENDERAAN BERPENDAFTARAN ASING

KPDNHEP LAKSANAKAN OPS SAMAR BAGI BANTERAS ISU PENJUALAN PETROL RON95 KEPADA KENDERAAN BERPENDAFTARAN ASING

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • SELERA PATIN BANGAU SAJI SUASANA DAN MENU SELERA KAMPUNG

    HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TOYOTA CROWN SPORT 2024 – BENTUK BADAN SUV DENGAN RUPA ALA PUROSANGUE

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • 海南旅游文化推广交流活动(吉隆坡) (新闻通稿)
  • Hainan Tourism and Culture Promotion Event Successfully Held in Kuala Lumpur, Ushering in a New Chapter of Bilateral Cooperation
  • PRODUK TERBAHARU TEKNOLOGI B.A.S.E. INOVASI & TEKNOLOGI TEMPATAN MENINGKATKAN PENGELUARAN PADI NEGARA
  • FELDA SERAH PELAN STRATEGIK DAN HALA TUJU KUMPULAN FELDA 2025-2030
  • CORETAN MENARIK DARI TIMBALAN MENTERI AGAMA
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2023

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2023

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist