SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Info@swatv

HRD CORP LANCAR INISIATIF MICROCREDENTIAL BERASASKAN INDUSTRI PERTAMA NEGARA UNTUK RAKYAT MALAYSIA

HRD CORP LANCAR INISIATIF MICROCREDENTIAL BERASASKAN INDUSTRI PERTAMA NEGARA UNTUK RAKYAT MALAYSIA

Asraf Zin by Asraf Zin
April 14, 2022
in Info@swatv
Reading Time: 2 mins read
A A
0
158
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Human Resource Development Corporation (HRD Corp) telah melancarkan insiatif Microcredential HRD Corp menerusi kerjasama antara Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Pengajian Tinggi.

Inisiatif tersebut merupakan kelayakan mikro berasaskan industri komprehensif pertama di negara ini yang akan membantu rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang untuk mendapatkan pensijilan yang boleh dikumpul melalui pembelajaran jangka pendek.

Oleh itu, pensijilan atau kelayakan ini membolehkan individu memperoleh kelayakan yang diiktiraf secara rasmi menerusi model pembelajaran yang fleksibel.

Ketua Pegawai HRD Corp, YBhg. Datuk Shahul Dawood berkata, “HRD Corp sentiasa komited untuk terus berada di hadapan dan memastikan semua rakyat Malaysia dapat mengakses pembelajaran dan pembangunan yang sesuai dengan kemahiran, pengalaman dan keperluan mereka.

“Hal ini penting dalam usaha kita menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju dengan bakat yang pelbagai, dinamik dan berdedikasi,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran di Hotel Le Meridien, Putrajaya.

Menurutnya lagi, HRD Corp telah mewujudkan Rangka Kerja Microcredential bagi memastikan semua kursus kelayakan mikro di bawah inisiatif ini memenuhi piawaian industri dan mematuhi Garis Panduan Amalan Baik mengenai microcredential oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Malah, Ia juga bertujuan untuk menentukan kualiti, kredibiliti dan kesesuaian semua kursus yang dihantar untuk menjadi kursus yang boleh mengguna pakai pemindahan kredit di institusi yang mengambil bahagian.

Menteri Sumber Manusia Malaysia, YB Datuk Seri M. Saravanan ketika menyampaikan ucapannya

Sementara itu, Menteri Sumber Manusia Malaysia, YB Datuk Seri M. Saravanan berkata, inisiatif ini menyokong visi kementerian untuk membolehkan rakyat Malaysia mendapat pembelajaran sepanjang hayat, sekali gus memulakan pembangunan kemahiran professional yang berterusan.

“Transformasi digital di seluruh dunia telah membuka peluang kepada sesiapa sahaja untuk tingkatkan kemahiran. Oleh itu, penting untuk kita menawarkan fleksibiliti kepada rakyat Malaysia,” katanya ketika berucap.

Pada masa sama, beliau yang melancarkan inisiatif tersebut bersama YB Datuk Seri Dr. Noraini, turut menzahirkan perasaan berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi dalam merealisasikan insiatif tersebut.

Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, YB Datuk Seri Dr. Noraini pada majlis pelancaran yang berlangsung di Hotel Le Meridien, Putrajaya

Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, YB Datuk Seri Dr. Noraini pada ucapannya hari ini berkata, Kementerian Pengajian Tinggi komited untuk bekerja bersama HRD Corp dan Kementerian Sumber Manusia dalam menyediakan sokongan kepada pelajar Malaysia serta golongan tenaga kerja professional untuk membangunkan pengetahuan dan keupayaan mereka.

“Inisiatif ini boleh bertindak sebagai mekanisme penyambung di antara institusi pengajian tinggi dan industri di Malaysia.

“Malah, Inisiatif ini boleh memperkasakan modal insan negara untuk menentukan haluan kerja mereka, menyokong institusi pendidikan tinggi untuk membangunkan graduan yang memenuhi jangkaan industri untuk menangani jurang kemahiran kritikal negara,” ujarnya.

Sehingga kini, insiatif Microcredential HRD Corp menawarkan kursus daripada pelbagai industri termasuk kewangan dan perakaunan, undang-undang, pengurusan, kepimpinan, pengurusan operasi, IR 4.0 dan banyak lagi.

ShareTweetPin
Previous Post

ZAHID HAMIDI BELA DIRI TERHADAP 47 PERTUDUHAN

Next Post

AWESOME TV: PAK NIL DILANTIK SEBAGAI TENAGA PENGAJAR PERSONALITI BERITA 757

Next Post

AWESOME TV: PAK NIL DILANTIK SEBAGAI TENAGA PENGAJAR PERSONALITI BERITA 757

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIODATA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • 这项计划在吉隆坡惠及了首批600名受益者,并得到了全国“Riang Ria Hari Sekolah”活动的支持。
  • YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN & ECO-SHOP SOKONG PELAJAR DENGAN BANTUAN KEMBALI KE SEKOLAH BERNILAI RM120,000
  • SEMARAK SENI 活动日历启动仪式 @ PANGGUNG 2026 周年纪念“过去、现在和永远”
  • MAJLIS PELANCARAN KALENDAR ACARA SEMARAK SENI @ PANGGUNG ANNIVERSARI 2026 “Dulu, Kini dan Selamanya”
  • MAJLIS PELANCARAN KALENDAR ACARA SEMARAK SENI @ PANGGUNG ANNIVERSARI 2026 “Dulu, Kini dan Selamanya”
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2025

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2025

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist