SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Hiburan

EJEN ALI MUSIM 3 USAHASAMA PENERBITAN JULUNG PRIMEWORKS STUDIOS, WAU ANIMATION DAN DISNEY+ HOTSTAR

EJEN ALI MUSIM 3 USAHASAMA PENERBITAN JULUNG PRIMEWORKS STUDIOS, WAU ANIMATION DAN DISNEY+ HOTSTAR

SWA TV by SWA TV
October 17, 2021
in Hiburan
Reading Time: 3 mins read
A A
0
10
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Ejen Ali Musim 3 akan menemui anda semua di skrin terdekat tidak lama lagi. Primeworks Studios, sebuah anak syarikat penerbitan kandungan Media Prima, dan WAU Animation hari ini mengumumkan buat julung kalinya sebuah usahasama penerbitan produksi siri animasi Ejen Ali Musim 3 bersama Disney+ Hotstar. Usahasama ini merupakan penanda aras yang sangat membanggakan dan pencapaian yang mengagumkan untuk industri animasi Malaysia, kerana Ejen Ali merupakan harta intelek animasi Malaysia yang pertama terpilih untuk kerjasama produksi oleh Disney+ Hotstar, salah satu platform striming terbesar di dunia. Siri animasi yang turut merangkul pelbagai anugerah ini dijangka akan muncul di layar skrin anda pada tahun 2022 di empat buah negara; Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand.

 

Dalam Ejen Ali Musim 3, Ejen Ali dan rakan-rakannya Ejen muda dari Akademi MATA disatukan semula dalam sebuah pertandingan rahsia di Arena MATA. Pertandingan ini turut disertai oleh beberapa orang rekrut Akademi MATA yang dilatih oleh agensi perisik antarabangsa. Ali tekad untuk mengikuti jejak langkah ibunya untuk menjadi seorang Ejen MATA yang hebat, namun pelbagai halangan terpaksa diharunginya setelah dipisahkan dari gajet IRIS. Sementara itu, Ejen Rizwan kembali untuk membongkar ancaman baharu yang berpotensi menjatuhkan bandaraya Cyberaya.

 

Latar belakang cerita dan plot Ejen Ali Musim 3 berlangsung selepas peristiwa dalam Ejen Ali The Movie, yang telah mencipta sejarah dengan meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM30 juta (USD8 juta) di layar perak dan platform on-demand di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia, menjadikannya filem animasi terlaris di Malaysia. Dengan kejayaan yang telah diukir, WAU Animation terus menjanjikan kualiti piawaian produksi animasi yang terbaik, serta bakal menyajikan penonton dengan penceritaan yang padat dengan aksi dan komedi yang menghiburkan!

 

Bukan itu sahaja, pelbagai watak yang baharu bakal diperkenalkan, dengan personaliti yang menarik dan setara dengan citarasa para penonton antarabangsa yang lebih meluas di platform striming Disney+ Hotstar. Selain menekankan semangat perpaduan dan prinsip integriti, siri Ejen Ali Musim 3 akan meneroka penceritaan mendalam yang membawa kesinambungan dalam misi layar lebar akan datang iaitu Ejen Ali the Movie 2. 

 

Nini Yusof, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima berkata, “Kami sangat berbangga kerana berpeluang terlibat dalam perjalanan Ejen Ali sejak awal produksi dan kini menjalinkan perjanjian usahasama penerbitan animasi pertama bersama Disney+ Hotstar, salah satu platform striming hiburan terkemuka dunia. Memandangkan salah satu fokus perniagaan kami adalah untuk menyokong perkembangan hasil karya penggiat animasi Malaysia ke pentas global, kami percaya bahawa penerimaan meluas filem dan siri animasi Malaysia membuktikan tenaga kerja seperti WAU Animation dan hasil karya mereka amat berkualiti tinggi. Terima kasih Disney+ Hotstar atas peluang usahasama ini dan kami akan terus menyokong penggiat industri hiburan Malaysia serta sentiasa mencari ruang untuk mengembangkan perniagaan kandungan di peringkat tempatan dan antarabangsa.”

 

Usamah Zaid Yasin, Ketua Pegawai Eksekutif WAU Animation and Pengarah Ejen Ali, menambah, “Kami amat berbesar hati kerana Disney+ Hotstar bersetuju menjadi penerbit bersama Ejen Ali Musim 3 kerana ia merupakan sebuah pengiktirafan besar untuk jenama Ejen Ali. Kerjasama ini merupakan sebuah impian tercapai oleh warga WAU Animation dalam usaha kami untuk memperkenalkan seorang watak wira Malaysia yang dicipta mengikut citarasa dan pengaruh budaya tempatan. Filem animasi Disney banyak memberi inspirasi kepada kami, oleh itu kami berharap kemunculan Ejen Ali di kalangan watak animasi ikonik Disney pula bakal memberi inspirasi kepada generasi pengkarya Malaysia yang seterusnya. Kami sememangnya tidak sabar untuk melihat reaksi peminat apabila misi Ali seterusnya diumumkan di tahun 2022.”

ShareTweetPin
Previous Post

704 Orang Asli Pedalaman Gua Musang kategori Remaja terima vaksin COVID-19

Next Post

DATUK WIRA DR. NOOR ZARI HAMAT MENYEMARAKKAN PROGRAM PENCINTA BUKU

Next Post
DATUK WIRA DR. NOOR ZARI HAMAT MENYEMARAKKAN PROGRAM  PENCINTA BUKU

DATUK WIRA DR. NOOR ZARI HAMAT MENYEMARAKKAN PROGRAM PENCINTA BUKU

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • SELERA PATIN BANGAU SAJI SUASANA DAN MENU SELERA KAMPUNG

    HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • KARNIVAL DURIAN RIVER OF LIFE LEMBAH SAHOM KEMBALI LAGI, BAKAL DIANJURKAN PADA 2 & 3 JULAI 2022

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • DATIN LYNDA GHAZZALI RAI WANITA MENOPAUSE DI KEDIAMAN BELIAU

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • TEMASYA BUDAYA @ NEGERI PERAK TARIK MASYARAKAT KENAL LEBIH DEKAT KESENIAN PELBAGAI KAUM NEGERI PERAK
  • Percubaan Kerajaan Negeri Selangor Untuk Mencipta Rekod Baharu di Dalam Malaysia Book of Records
  • PROGRAM JOM BACA @CHADAK MEMUPUK BUDAYA MEMBACA DALAM KALANGAN MASYARAKAT ORANG ASLI
  • BULAN PELANCONGAN ISLAM (ITM 2023): MERAIKAN PENGALAMAN PELANCONGAN MESRA MUSLIM DI MALAYSIA
  • PESTA TEATER RUNCIT SEBUAH PERTANDINGAN TEATER PENDEK ANJURAN FAKULTI TEATER ASWARA
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2021

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • Politik
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2021

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist