SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Hiburan

FDAM PRIHATIN ‘KOTAK KASIH CSR INITIATIVE WITH SHOPEE’ BANTU 500 PENERIMA

FDAM PRIHATIN ‘KOTAK KASIH CSR INITIATIVE WITH SHOPEE’ BANTU 500 PENERIMA

Asraf Zin by Asraf Zin
December 15, 2021
in Hiburan, Nasional
Reading Time: 2 mins read
A A
0
103
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) menerusi Biro Kesejahteraan Sosial selesai melaksanakan program sumbangan penutup FDAM Prihatin ‘Kotak Kasih CSR Initiative with Shopee’ di pekarangan pejabat FDAM di sini, semalam.

Program tersebut yang telah disempurnakan oleh Timbalan Presiden FDAM, Dato’ Zulkiflie M. Osman bersama Ketua Sekretariat FDAM, Haji Zainal Hassan telah memulakan proses agihan sumbangan bermula dari jam 12 tengah hari hinggan jam 4 petang.

Sumbangan berupa barang keperluan asas sebanyak 500 kotak kali ini diberikan kepada ahli-ahli FDAM dan juga penggiat seni secara konsep pandu lalu atau ‘Drive Thru’.

Antara penerima sumbangan 500 kotak Kasih

Dalam pada itu, Ketua Biro Kesejahteraan Sosial, Ahmad Hashim berkata, FDAM terus melaksanakan tanggungjawab sosial dalam membantu ahli dan penggiat seni menerusi sumbangan bantuan sedemikian.

“Alhamdulillah setelah berhempas pulas dan pelbagai dugaan dilalui bagi menangani COVID-19, kini penggiat seni khususnya warga FDAM menarik nafas lega kerana ramai yang telah mula bekerja bagi meneruskan kelangsungan kehidupan seperti sediakala.”

“Namun, FDAM menerusi Biro Kesejahteraan Sosial tidak melepaskan tanggungjawab begitu saja. Kami terus memberi dan menjaga kebajikan ahli-ahli dan tidak lupa penggiat seni lain,” katanya.

Ahli-ahli FDAM bersama anggota APM bekerjasama mengangkat Kotak Kasih sebelum proses agihan 
Sekitar suasana memindahkan Kotak Kasih dari van ke perkarangan pejabat FDAM

Tambahnya, program sumbangan penutup FDAM Prihatin ‘Kotak Kasih CSR Initiative with Shopee’ kali ini menyaksikan kerjasama FDAM dengan rakan strategik iaitu Felda dan Shopee.

“Program ini menutup sesi tahun 2021 manakala program seterusnya bagi memenuhi calendar tahun 2022 sedang giat di susun atur bagi kesejahteraan ahli-ahli kami. Insha Allah,” ujar beliau lagi.

Sebanyak 500 Kotak Kasih yang berada di perkarangan pejabat FDAM

Terdahulu, Inisiatif FDAM membantu ahli-ahli dan penggiat seni telah bermula pada 17 Julai lalu menerusi program ResQ Anak Seni yang berjaya menyampaikan sebanyak 500 bakul keperluan asas kepada penggiat seni yang terkesan akibat pandemik COVID-19 secara berperingkat-peringkat di seluruh negara bermula di Lembah Kelang, Nilai dan Seremban.

Usaha tersebut kemudian diteruskan menerusi program Sumbangan FDAM Prihatin (Zon Selatan) yang diagihkan kepada ahli-ahli FDAM dan penggiat seni membabitkan tiga negeri iaitu Negeri Sembilan, Melaka dan Johor berlangsung pada 31 Ogos lalu.

ShareTweetPin
Previous Post

JUMLAH KOMPAUN YANG TIDAK RELEVAN PUNCA SYARIKAT AMBIL ENTENG SOP – KKM

Next Post

MAHKAMAH TINGGI ARAH KDN DAFTAR MUDA SECARA SAH

Next Post

MAHKAMAH TINGGI ARAH KDN DAFTAR MUDA SECARA SAH

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TOYOTA CROWN SPORT 2024 – BENTUK BADAN SUV DENGAN RUPA ALA PUROSANGUE

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • JKKN 数字门户网站正式上线 “将国家文化艺术带入数字时代”
  • PELANCARAN PORTAL DIGITAL JKKN “MELONJAKKAN SENI BUDAYA NEGARA KE ERA DIGITAL”
  • Malaysia and Bangladesh to cooperate on investigation of suspected Bangladeshi nationals over militancy
  • PENGIKTIRAFAN FOREST RESEARCH INSTITUTE MALAYSIA (FRIM) FOREST PARK SELANGOR (FPS) SEBAGAI TAPAK WARISAN DUNIA UNESCO
  • LAWATAN KE WARISAN KUALA LUMPUR ANJURAN CATS
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2023

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2023

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist