Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) kini membuka penyertaan kepada syarikat produksi tempatan Malaysia untuk menyertai pasaran filem antarabangsa 12th BJIFF Beijing Film Market 2022 (secara atas talian).
Finas menerusi hantaran di laman Twitter mengalu-alukan penyertaan dari syarikat tempatan yang berminat untuk meluaskan jaringan perniagaan ke peringkat antarabangsa hingga 31 Januari 2022.
Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Encik Muzri (03 – 4104 1374), Puan Norhafizah (03 – 4102 1482), Puan Rashidah (03 – 4102 1406) atau menerusi e-mel di pemasaran2021@finas.my.