KUALA LUMPUR – Perdana Menteri meminta warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk lebih aktif dalam mempromosikan aktiviti-aktiviti berkonsepkan Keluarga Malaysia .
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob , Perdana Menteri Malaysia , berkata JPM memainkan tanggungjawab yang penting dalam menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan perkara berkenaan .
Oleh sebab itu , beliau menegaskan supaya JPM harus sentiasa bergerak lebih kehadapan dalam mempromosikan konsep ini , jika perlu dibandingkan dengan jabatan lain .
“Bagaimana kita hendak meminta kementerian lain menyokong konsep Keluarga Malaysia , sedangkan kita sebagai ‘tuan rumah’ tidak melakukan yang sebaiknya .
“Saya meminta tuan-tuan membantu mempromosikan Keluarga Malaysia dengan lebih giat dan agresif ,” jelasnya .
Beliau mengatakan hal ini ketika menyampaikan amanat kepada warga JPM di Putrajaya , hari ini .