GEORGETOWN – Ketua Menteri Pulau Pinang , Chow Kon Yeow buat kali kedua , diarahkan menjalani kuarantin kendiri setelah didapati mempunyai kontak rapat dengan individu positif COVID-19 ketika beliau menghadiri sebuah majlis pada Sabtu lalu .
Pejabat Ketua Menteri menyatakan bahawa Chow Kon Yeow akan melaksanakan kuarantin tersebut selama lima hari , bermula semalam sehingga khamis ini .
Turut dimaklumkan bahawa , arahan ini telah dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) .
“JKNPP turut mengarahkan beliau (Kon Yeow) menjalani ujian Reverse Transcription Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) pada hari ketiga daripada tempoh berkaitan iaitu esok .
“Ini termasuk beberapa individu berkaitan yang turut dikenal pasti sebagai kontak rapat ,” jelasnya .
Dalam kenyataan yang sama , mereka turut menjelaskan usaha keras JKNPP yang sedang giat mengesan kontak bagi menyekat penularan wabak itu daripada berjangkit di kalangan orang ramai .
“Mereka yang berkaitan akan dihubungi JKNPP dari semasa ke semasa bagi tindakan lanjut ,” tambahnya lagi .