SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Hiburan

KONSERT REUNION DI ISTANA BUDAYA SEMPENA ULANGTAHUN KE-25 KUMPULAN UK’S

KONSERT REUNION DI ISTANA BUDAYA SEMPENA ULANGTAHUN KE-25 KUMPULAN UK’S

Azuwa Yusof by Azuwa Yusof
March 25, 2022
in Hiburan
Reading Time: 2 mins read
A A
0
180
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Bagi meraikan penglibatan mereka dalam industri rakaman muzik selama 25 tahun, Konsert U.K’s Reunion 25 Tahun bakal diadakan buat julung kalinya di Panggung Sari, Istana Budaya selama dua malam berturut-turut iaitu pada 17 dan 18 Jun 2022.

Konsert berdurasi dua jam ini bakal menampilkan persembahan daripada semua ahli asal U.K’s iaitu Mohd Azmir Muhamad Yusof (Amir) selaku vokalis, Rozdenil Toni (Denil) selaku pemain gitar, Mohd Saleh (Olley) selaku pemain bass serta Amiruddin Sharif (Amirul) selaku pemain dram.

Poster Konsert U.K’s Reunion 25 Tahun

U.K’s juga bakal dibantu oleh dua pengarah muzik berkaliber iaitu Mohd Rafi bin Shafie (Rafi) dan Ahmad Firdaus (Firdaus) serta Mustafa Kamal Ahmad (Mus Satira) selaku pemain gitar undangan, malahan ketiga-tiga mereka merupakan antara insan-insan seni yang terlibat dalam hampir kesemua proses rakaman album studio U.K’s dibantu oleh Allahyarham Izhar selaku penyusun muzik.

Konsert ini menjadi lebih bermakna apabila mendapat sentuhan daripada pengarah kreatif Shamsul Cairel dan pengarah teknikal tersohor iaitu Dato’ Seri Rozaimi Che Di yang juga merupakan Pengarah Urusan RCD Concepts Sdn. Bhd.

Selaku penerbit, Samirah Hambali berkata bahawa Mac Training Cnetre Sdn. Bhd. dan RCD Concepts Sdn. Bhd. amat berbesar hati bagi menganjurkan konsert buat kumpulan U.K’s buat julung kalinya bakal diadakan.

Beliau juga berkata bahawa kumpulan tersebut mempunyai pengikut dan peminat yang ramai bukan sahaja di Malaysia namun di negara-negara jiran, jadi pasti ramai yang teruja dan menantikan konsert berskala daripada U.K’s yang tentunya akan menghiburkan dan menghidupkan semula nostalgia kehebatan kumpulan U.K’s pada suatu masa dahulu.

Beliau turut mengalu-alukan kesediaan mana-mana pihak korporat yang sudi menaja konsert tersebut sebagai sebahagian daripada projek atau kempen Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bagi membuka ruang kepada warga seni untuk bekerja setelah terjejas akibat pandemik.

Sementara itu, vokalis U.K’s, Amir berkata bahawa kumpulan muzik itu berbesar hati apabila mendapat peluang untuk mengadakan konsert di lokasi berprestij seperti Istana Budaya.

“Seperti yang kita semua sudah sedia maklum, beraksi di Istana Budaya adalah impian setiap artis rakaman dan peluang seperti ini tidak harus dilepaskan U.K’s. Peluang beraksi di Istana Budaya dapat membuktikan lagi pencapaian dan tanda aras yang lebih tinggi dalam kerjaya muzik kami selama ini.

“Saya percaya konsert ini memang cukup dinantikan peminat-peminat setia yang selama ini membesar dengan lagu-lagu U.K’s. Setiap lagu pastinya mempunyai nostalgia tersendiri buat mereka,” katanya ketika sidang media Konsert U.K’s Reunion 25 Tahun.

Konsert ini bukan sahaja diadakan bagi meraikan kejayaan dan jatuh bangun U.K’s dalam kerjaya muzik mereka, tetapi juga sebagai penghormatan kepada Saari Amri yang yang telah banyak menaikkan nama U.K’s menerusi lagu-lagu ciptaan beliau serta para peminat tegar U.K’s di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei yang telah memberi sokongan terhadap kumpulan itu.

Sebagai kejutan, Saari Amri juga akan membuat persembahan bersama U.K’s dalam sebuah tribut khas yang diiringi Strings Chamber Orkestra Simfoni Kebangsaan Malaysia (OSK).

Antara rakan strategik yang turut mebantu dalam mengadakan konsert ini ialah Nasional FM, F&N Beverages Marketing Sdn. Bhd., Perak Agrotourism Resort (Patro), Angsana Travel & Tours, iLasso Tickets, Acoustic and Lighting System Sdn. Bhd., Seinnheizer Asia, Heaven Studio, Scream Studio, Hotel Premiera Kuala Lumpur dan Istana Budaya.

Tiket bagi menyaksikan konsert tersebut berharga RM111, RM333, RM555, RM777 dan RM999 di mana individu yang berminat untuk mendapatkan tiket atau mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian hotline di 03-21706333/011-13297822 (WhatsApp) atau layari laman web www.ilassotickets.com.

SUMBER FOTO POSTER: LAMAN SESAWANG ILASSO TICKETS

ShareTweetPin
Previous Post

HARI TIBI SEDUNIA 2022: PELABURAN DEMI MELAWAN TIBI

Next Post

HARI USAHAWAN NEGARA 2022 SEBAGAI PUSAT SEHENTI USAHAWAN TEMPATAN

Next Post
HARI USAHAWAN NEGARA 2022 SEBAGAI PUSAT SEHENTI USAHAWAN TEMPATAN

HARI USAHAWAN NEGARA 2022 SEBAGAI PUSAT SEHENTI USAHAWAN TEMPATAN

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • SELERA PATIN BANGAU SAJI SUASANA DAN MENU SELERA KAMPUNG

    HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TOYOTA CROWN SPORT 2024 – BENTUK BADAN SUV DENGAN RUPA ALA PUROSANGUE

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • Menyalakan Masa Depan Malaysia di peringkat Antarbangsa
  • 海南旅游文化推广交流活动(吉隆坡) (新闻通稿)
  • Hainan Tourism and Culture Promotion Event Successfully Held in Kuala Lumpur, Ushering in a New Chapter of Bilateral Cooperation
  • PRODUK TERBAHARU TEKNOLOGI B.A.S.E. INOVASI & TEKNOLOGI TEMPATAN MENINGKATKAN PENGELUARAN PADI NEGARA
  • FELDA SERAH PELAN STRATEGIK DAN HALA TUJU KUMPULAN FELDA 2025-2030
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2023

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2023

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist