SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Info@swatv

HARI USAHAWAN NEGARA 2022 SEBAGAI PUSAT SEHENTI USAHAWAN TEMPATAN

HARI USAHAWAN NEGARA 2022 SEBAGAI PUSAT SEHENTI USAHAWAN TEMPATAN

Asraf Zin by Asraf Zin
March 25, 2022
in Info@swatv
Reading Time: 2 mins read
A A
0
88
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Penganjuran Hari Usahawan Negara (HUN) 2022, yang berlangsung dari 24 hingga 28 Mac ini di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), muncul sebagai pusat sehenti buat usahawan tempatan.

Acara mega ini berlangsung dari pukul 10:00 pagi hingga 10:00 malam dengan membuka sebanyak 1000 lot pameran buat usahawan tempatan dan antarabangsa mempamerkan produk masing-masing.

Presiden Dewan Perniagaan Usahawan Kecil Malaysia (DPUKM), Datuk Seri Abu Hasan Mohd Nor berkata, HUN 2022 yang bertemakan ‘Usahawan Pemangkin Negara’ mempunyai matlamat yang besar.

Menurutnya, acara mega ini diadakan untuk membantu peniaga dan bakal peniaga menerusi perkongsian informasi dalam pelbagai program yang dianjurkan selain membantu ekonomi para usahawan yang terjejas dengan pandemik COVID-19.

Presiden DPUKM, Dato’ Sri Abu Hasan mohd Nor

“Tujuan HUN 2022 dianjurkan adalah untuk mengukuh dan mengembangkan segala teras sokongan keusahawanan yang telah dan akan disediakan oleh kerajaan menerusi pelbagai agensinya,” jelasnya.

Sehubungan itu, HUN 2022 menyediakan pusat info keusahawanan melalui taklimat pelbagai agensi termasuk FAMA, MARA, Agrobazaar Online dan Akademi Jana Usahawan mengenai kerjaya, klinik keusahawanan (latihan dan mentor), simposium ekonomi dan keusahawanan, biz forum (peluang pembiayaan bersama Tekun Nasional) dan pocket talk (wawancara ikon usahawan secara langsung).

Selain itu, pelbagai aktiviti disediakan untuk memeriahkan lagi HUN 2022 antaranya persembahan artis popular, car free morning dan jokathon 1,000 peserta di Dataran Merdeka.

Sekitar kemeriahan Hari Usahawan Negara 2022 pada hari kedua penganjuran yang dipaparkan melalui kehadiran pengunjung

“Acara mega ini dimeriahkan lagi dengan acara game show bersama orang ramai dan artis oppocot Malaysia, persembahan 100 battle of the band, pertunjukan kereta dan motosikal klasik, kereta-kereta mewah, malam aneka ragam pop yeh yeh, retro klasik, warisan HUN dan banyak lagi”, katanya.

Menurut Datuk Seri Abu Hasan lagi, HUN 2022 yang bakal dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Sabtu, 26 Mac ini juga akan mengiktiraf dan memberi penghormatan kepada usahawan dan pembina ekosistem keusahawanan atas dan ketekunan usaha cemerlang mereka menyumbang ke arah merancakkan kembali sektor ekonomi negara.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat yang lebih lanjut dengan melayari laman sesawang http://www.hariusahawannegara.com.my.

ShareTweetPin
Previous Post

KONSERT REUNION DI ISTANA BUDAYA SEMPENA ULANGTAHUN KE-25 KUMPULAN UK’S

Next Post

KONSERT LAGU RAKYAT MERIAH DENGAN ALUNAN LAGU NOSTALGIA PADA HARI PERTAMA PERSEMBAHAN

Next Post

KONSERT LAGU RAKYAT MERIAH DENGAN ALUNAN LAGU NOSTALGIA PADA HARI PERTAMA PERSEMBAHAN

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIODATA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • 这项计划在吉隆坡惠及了首批600名受益者,并得到了全国“Riang Ria Hari Sekolah”活动的支持。
  • YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN & ECO-SHOP SOKONG PELAJAR DENGAN BANTUAN KEMBALI KE SEKOLAH BERNILAI RM120,000
  • SEMARAK SENI 活动日历启动仪式 @ PANGGUNG 2026 周年纪念“过去、现在和永远”
  • MAJLIS PELANCARAN KALENDAR ACARA SEMARAK SENI @ PANGGUNG ANNIVERSARI 2026 “Dulu, Kini dan Selamanya”
  • MAJLIS PELANCARAN KALENDAR ACARA SEMARAK SENI @ PANGGUNG ANNIVERSARI 2026 “Dulu, Kini dan Selamanya”
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2025

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2025

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist