SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Hiburan

TUAH DINOBATKAN JUARA MIC ON! MUSIM KEDUA, BAWA PULANG HADIAH WANG TUNAI RM15,000

TUAH DINOBATKAN JUARA MIC ON! MUSIM KEDUA, BAWA PULANG HADIAH WANG TUNAI RM15,000

Asraf Zin by Asraf Zin
April 2, 2022
in Hiburan
Reading Time: 1 min read
A A
0
80
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR, 2 April 2022: Tuah atau nama sebenarnya Mohamad Farhan Zahi Mohd Zaini, 29, dinobatkan selaku juara program realiti nyanyian dan komedi Awesome TV, Mic On! Musim Kedua setelah 10 minggu bersiaran.

Dato’ Hattan selaku juri tetap berkata, “Kebolehan Tuah untuk mempersembahkan lagu-lagu yang ditugaskan dengan baik dan kurang melakukan kesilapan selama 10 minggu ini mengesahkan beliau sebenarnya sudah bersedia untuk berada dalam industri seni tanah air.

“Kebolehan beliau dalam menyampaikan persembahan terutamanya dengan lagu-lagu genre rock perlu diakui ramai dan beliau ini layak ditawarkan untuk menjadi vokalis kumpulan-kumpulan rock terhebat tanah air,” katanya.

Manakala Dato’ Awie juga selaku juri tetap program turut menyarankan agar Tuah menjadi vokalis kumpulan rock.

“Saya sarankan Tuah untuk bersama dengan Din dan Kid, menjadi vokalis kumpulan tersebut.

“Tuah adalah bukti kita mempunyai ramai bakat-bakat tempatan yang hebat dan boleh diketengahkan seterusnya menyerikan lagi industri seni tanah air,” katanya lagi.

Sementara itu, Fad Bocey yang merupakan “Manager” kepada Tuah sekali lagi dinobatkan selaku “Best Manager” sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM10,000 berserta trofi selepas mengungguli kategori sama pada musim pertama.

Persembahan Tuah dengan pembawaan lagu “Cintaku 100 Persen” bagi kategori “Tribute Untuk Juri” dan “Salam Terakhir” bagi kategori “Bebas” berjaya meletakkannya selaku juara program dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM15,000 berserta sebuah trofi sumbangan Awesome TV.

Kemenangan Tuah turut menyaksikan Bulan dinobatkan selaku Naib Juara dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM5,000 berserta trofi, Haze di kedudukan ketiga dan membawa pulang wang tunai RM2,500 berserta trofi.

Pada masa sama, Haze turut diumumkan sebagai pemenang “Talent Terbaik MIC ON! Musim Kedua Pilihan Awesome TV”.

Zakir pula berahir di kedudukan keempat, manakala Yulia berada di kedudukan kelima selain Hafiy dan Aiman terpaksa akur berada di kedudukan keenam dan ketujuh.

ShareTweetPin
Previous Post

BEKALAN ELEKTRIK DUA PREMIS PERJUDIAN DIPOTONG

Next Post

MAJLIS ANUGERAH GRADUASI SEKOLAH MENENGAH SETIABUDI SUNTIK SEMANGAT PELAJAR

Next Post

MAJLIS ANUGERAH GRADUASI SEKOLAH MENENGAH SETIABUDI SUNTIK SEMANGAT PELAJAR

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIODATA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • 这项计划在吉隆坡惠及了首批600名受益者,并得到了全国“Riang Ria Hari Sekolah”活动的支持。
  • YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN & ECO-SHOP SOKONG PELAJAR DENGAN BANTUAN KEMBALI KE SEKOLAH BERNILAI RM120,000
  • SEMARAK SENI 活动日历启动仪式 @ PANGGUNG 2026 周年纪念“过去、现在和永远”
  • MAJLIS PELANCARAN KALENDAR ACARA SEMARAK SENI @ PANGGUNG ANNIVERSARI 2026 “Dulu, Kini dan Selamanya”
  • MAJLIS PELANCARAN KALENDAR ACARA SEMARAK SENI @ PANGGUNG ANNIVERSARI 2026 “Dulu, Kini dan Selamanya”
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2025

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2025

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist