BENTONG: Sepasukan polis dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Bentong bersama dengan kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Daerah Bentong telah berkerjasama menjalankan operasi pemotongan ekalan elektrik dua buah premis perjudian pada pagi ini.
Tindakan pemotongan bekalan elektrik ke atas dua premis perjudian tersebut dijalankan di bawah Seksyen 21A Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
Kedua-dua premis tersebut telah menjalankan kegiatan perjudian dalam bangunan dan sebanyak Sembilan premis yang dikenalpasti melakukan kegiatan tersebut hasil daripada serbuan polis sepanjang bulan Januari hingga Mac.
Selain itu, polis juga telah berjaya membuat tangkapan ke atas empat orang warganegara tempatan yang berusia dalam lingkungan 40 dan 70 tahun.
Ketua Polis Daerah Bentong, Supt. Zaiham Mohd Kahar menasihatkan masyarakat awam khususnya di bawah pentadbiran IPD Bentong agar tidak terlibat dengan aktiviti tidak bermoral seperti perjudian.
Bagi menyatakan sebarang pertanyaan atau peryaluran maklumat jenayah, orang ramai boleh menghubungi IPD Bentong di talian 09-2222222 atau mana-mana balai polis berdekatan.
SUMBER FOTO: LAMAN FACEBOOK RASMI POLIS BENTONG