KUALA LUMPUR, 31 Mac 2022: Perintis telekung terkemuka di Malaysia, Siti Khadijah hari ini menyerahkan sumbangan 50 set nashkah Al-Quran Braille kepada golongan OKU penglihatan melalui program “Nur Al-Quran” yang dikendalikan oleh SK Cakna.
Ia merupakan inisiatif daripada pembangunan komuniti Siti Khadijah yang menyasarkan sebanyak 200 set Al-Quran Braille disumbangkan kepada Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia (PPOBM).
Siti Khadijah menerusi kenyataan berkata, “objektif utama program “Nur Al-Quran” ini adalah untuk memberi sinar baharu kepada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) penglihatan bagi memudahkan mereka dalam membudayakan kita suci Al-Quran.
Sementara itu, Imam Besar Masjid WP Kuala Lumpur, Sahibul Fadhilah Tuan Haji Muhyidin Bin Azi @ Saari telah merasmikan program “Nur Al-Quran” ini dengan lancar hari ini.
Menurut kenyataan, program “Nur Al-Quran” telah dilancarkan pada 7 Mac 2022 sehingga akhir Jun tahun ini untuk berkongsi peluang dengan masyarakat dalam usaha mengumpulkan dana bagi mencetak lebih banyak nashkah Al-Quran Braille buat golongan OKU penglihatan.
“Orang ramai boleh memberi buku doa-doa harian secara atas dalam talian atau di mana-mana butik SK, sebahagian daripada pembelian itu akan disumbangkan terus kepada PPBOM untuk menampung kos pencetakan Al-Quran Braille.
“Moga usaha ini akan diteruskan agar lebih ramai kelompok seperti golongan OKU ini dapat menerima manfaat serta mampu mempertingkatkan keupayaan mereka untuk lebih berdaya saing,” menurut kenyataan itu.