19 DISEMBER 2021: Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menjangkakan hujan sangat lebat akan berterusan di beberapa buah negeri yang berada pada Zon Bahaya (Hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku) hari ini.
Antara negeri tersebut adalah di Perak (Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk. Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim); Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong dan Kuantan); Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Hulu Langat); dan WP Kuala Lumpur.
Selain itu, MET Malaysia turut mengeluarkan amaran pada Zon Buruk (Hujan lebat berterusan dijangka berlaku) di beberapa buah negeri antaranya Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama serta Kuala Kangsar); Selangor (Sepang); WP Putrajaya; Negeri Sembilan (Jelebu), Kedah (Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu); Pulau Pinang; Kelantan (Gua Musang) serta di Pahang (Temerloh, Maran dan Pekan).
Negeri-negeri yang berada pada Zon Waspada (Hujan berterusan dijangka berlaku) pula adalah di Pahang (Bera dan Rompin); Perak (Hulu Perak); Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin); Melaka; Johor (Tangkak, Segamat, Muar dan Batu Pahat); Perlis; Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan , Pendang, Sik dan Baling); Kelantan (Tumpat, Pasir Mas,Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai) serta di Terengganu.