Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) meramalkan cuaca hujan atau ribut petir berlaku di beberapa tempat pada esok (25 Disember).
Pada sebelah pagi, hujan dan ribut petir dijangka berlaku di satu dua tempat di kawasan pantai Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak (Kuching, Betong, Sarikei, Sibu & Bintulu) danSabah (Kudat, Sandakan & Tawau).
Manakala sebelah petang, hujan dan ribut petir dijangka berlaku di satu dua tempat di Perak, Selangor, WP Kuala Lumpur, Melaka, Johor, Pahang, Sarawak, Sabah (Pantai Barat & Pedalaman) dan WP Labuan.
MET Malaysia turut meramalkan hujan di satu dua tempat berlaku pada sebelah malam di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak (Limbang, Miri & Kapit), Sabah (Pantai Barat, Pedalaman, Tawau & Sandakan) dan WP Labuan.