Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam Ramalan Cuaca Signifikasi 28 Disember 2021 – 3 Januari 2022 menjangkakan luruan monson yang sedang berlaku kini akan berterusan hingga 3 Januari 2022.
Cuaca tekanan rendah yang sedang berlaku di Laut China Selatan juga berpotensi menyebabkan hujan berterusan di timur sabah hingga 2 Januari 2022 dan barat Sarawak pada 29-31 Disember 2021
Manakala di Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan pula pada 30 Disember 2021 hingga 3 Januari 2022.
Selain itu, angin kencang dan laut bergelora di perairan Pantai Timur Semenanjung, utara Sarawak dan Sabah diramal akan berterusan hingga 2 Januari 2022.
Orang ramai dinasihati untuk merancang perjalanan dan sentiasa berwaspada dengan maklumat terkini. Orang ramai juga dinasihatkan untuk memuat turun aplikasi myCuaca untuk mendapatkan maklumat cuaca yang terkini.
SUMBER INFO: MET Malaysia