KOTA BHARU – 11 kes positif COVID-19 telah dilaporkan di kelantan sehingga Jumaat lalu , melibatkan mangsa-mangsa banjir di dua daerah negeri tersebut .
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri , Datuk Dr Zaini Hussin , berkata kesemua kes telah dikesan daripada hasil ujian saringan yang dilakukan oleh mereka sebelum memasuki Pusat Pemindahan Sementara (PPS) .
Kini , mereka telah dihantar ke hospital dan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) yang berdekatan bagi pemantauan secara ketat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) .
Direkodkan , kes yang dikesan adalah di Gua Musang dan Rantau Panjang , Kelantan .
“Setakat ini , tiada kes yang dikesan ketika mangsa banjir berada di PPS hasil ujian saringan yang dilakukan terhadap 901 mangsa di pusat berkenaan ,” katanya .
Beliau juga menjelaskan bahawa pihaknya sentiasa menitik berat tentang soal prosedur operasi standard (SOP) . dan sering menasihatkan mangsa banjir yang berada di PPS supaya mengamalkan hal-hal yang ditetapkan bagi mengelakkan jangkitan wabak COVID-19 itu .
Dalam kesempatan itu , Dr Zaini meluahkan kebimbangannya berkenaan dengan kes harian di Kelantan yang masih tinggi , malah mencatatkan kluster baharu hampir setiap hari .
“Untuk semalam , Kelantan merekodkan 311 kes dengan dua kluster baharu menjadikan keseluruhan 22 kluster aktif setakat ini .” katanya lagi .
Ini menjadikan kesemua daerah di Kelantan kekal berada di dalam zon merah , setakat ini .