SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Info@swatv

AMANAT PERDANA MENTERI MEMBANGUN MALAYSIA MADANI

MEMBANGUN MALAYSIA BERKONSEPKAN MADANI

SWA TV by SWA TV
January 19, 2023
in Info@swatv, Politik
Reading Time: 3 mins read
A A
0
249
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Istilah “Madani” merujuk kepada tatakelola yang adil dan berkesan dalam sejarah umat Islam di Madinah, yang dipimpin oleh Nabi Muhammad SAW dan didukung oleh warganya yang berbilang kaum dan agama, yaitu masyarakat yang mengacu pada dasar-dasar manfaat buat warganya yang disebut al-khayr
Keunikan fabrik sosial Madinah ditandai dengan Sahifah Madinah yang diungkapkan sebagai “serba terangkum dan sejagat (truly inclusive and universal.)”1 Sahifah Madinah juga menjadi asas kepada Fiqh al-Muwāṭanah tokoh demokrat Islam Rashid al-Ghannouchi dalam tulisan-tulisannya.
Pemenang Nobel Amartya Sen juga pernah menyatakan bahawa, “While democracy is not yet universally practiced,nor indeed uniformly accepted, in the general climate of world opinion, democratic governance has now achieved the status of being taken to be generally right.”3 Frasa utama disini tentulah “democratic governance”, yakni, tadbir urus demokrasi.

Konsep ini sebenarnya begitu universal sehingga dalam karya terkenalnya Hamlet, William Shakespeare telah menggambarkan maruah manusia seperti berikut:
“What a piece of work is a man! how noble in reason! How infinite in faculty! in form and moving how express and admirable, in action how like an angel….”
Kita perlu melihat kepada kenyataan global pada hari ini.Dalam dunia yang serba tidak menentu, ditandai dengan kerumitan (complexity), percanggahan (contradiction),kekacauan (chaos) dan keserentakan (simultaneity), suatu kerangka strategik yang komprehensif harus dibangunkan untuk mengemudi negara menempuh zaman yang ditakrifkan sebagai pascanormal – indeed, these are postnormal times.

konsep MADANI telah dirangka sebagai ikhtiar kita untuk memetakan strategi bagi mentadbir negara dengan berkesan. Negara – dan peradaban – yang
kita citakan, dan akan bangunkan kelak haruslah M.A.D.A.N.I.- Mampan, sejahterA, berDaya cipta, saling menghormAti,punyai keyakiNan dan bersifat Ihsan.
Prestasi ekonomi tahun 2022 dilihat sebagai memberangsangkan ekoran pembukaan semula ekonomi selaras dengan peralihan fasa endemik COVID-19. Dengan
sentimen ekonomi yang kekal positif pada hujung tahun 2022,KDNK tahun 2022 besar kemungkinan melebihi unjuran awalantara 6.5 peratus hingga 7 peratus.
Ekonomi dunia bagi tahun 2023 tidak menentu dan mencabar. Economic headwinds termasuk kekusutan konflik geopolitik yang berlaku menekan inflasi global dan melemah pertumbuhan ekonomi.IMF mengunjurkan pertumbuhan ekonomi global menurun daripada 3.2 peratus untuk tahun 2022 kepada 2.7 peratus pada tahun 2023.

Bank Dunia mengunjurkan ekonomi Malaysia berkembang pada kadar 4% tahun 2023 mengambil kira keadaan ekonomi dunia yang dijangka lebih mencabar pada tahun ini.Enjin utama, yakni, jentera kerajaan yang bertanggungjawab melaksanakan dasar-dasar perlu berfungsi secara optimal. Justeru, kita perlu selesaikan isu tatakelola serta koordinasi, terutamanya bermula dengan pihak pengurusan atasan dan inshaAllah roda ekonomi akan mula berputar semula, bahkan dengan lebih laju lagi.

Kutamaan strategik boleh dicerakin seperti berikut:

Keutamaan 1: membasmi kemiskinan
Keutamaan 2: Penstrukturan semula ekonomi
Keutamaan 3: Memulih dan menjana ekonomi

Masyarakat : Perpaduan kaum

Pendidikan ; Menerapkan pemikiran kritis dan kreatif

Alam sekitar : Malaysia mensasarkan tahun 2050 untuk mencapai net-zero green house gas emissions.

Tenaga :Perpindahan sumber tenaga daripada bahan api fosil kepada sumber tenaga asli seperti suria, angin, hidroelektrik, dan sumber tenaga alternatif lain akan mula digerakkan. Usaha memupuk ekonomi hijau memerlukan komitmen penuh oleh sektor awam dan swasta.

Perundangan :Suatu undang-undang yang tegas terkait perlindungan flora dan fauna, alam sekitar dan masa hadapan Malaysia akan digubal.

Cukai:Cukai kemampanan yang terkait dengan aspek alam sekitar seperti perubahan iklim, keadilan sosial, dan isu-isu khusus diperingkat tempatan dan antarabangsa wajar diperkenal untuk memastikan tekad kerajaan dalam melaksanakan agenda kemampanan negara dapat diteruskan.

Teknologi:Setiap sektor pembuatan harus mendakap prinsip daya cipta dan melakukan perubahan radikal untuk mempersiap negara bagi menghadapi kerancakan industri 4.0, teknologi pertanian serta gelombang perubahan yang lain. Pasaran kerja akan berubah dengan peningkatan penggunaan Artificial
Intelligence (AI), robotik, automasi, data raya, analitik yang canggih, kecerdasan buatan dan pelbagai lagi perkembangan teknologi digital di luar kotak fikiran.

Kemajuan desa :. Menubuhkan pusat luar bandar serta pusat universiti untuk mengkaji dan meneroka Pertanian 4.0 dan daya cipta pertanian lain (pertanian pintar, penggunaan GPS untuk mengimbas tanah dan pengurusan data, hidroponik, bahan mentah alga, penggunaan teknologi dron, pertanian di laut, kepelbagaian tanaman, dan lain-lain).

Institusi:Menubuhkan pusat penyelidikan dan institusi bebas, yang berhubung langsung dengan industri pada aspek yang berbeda dalam Industri 4.0. Usaha sudah dimulakan untuk membuka ruang kepada bekalan kenderaan elektrik (EV) agar melabur di Malaysia – terbaru pelaburan sejumlah RM5 bilion untuk membangunkan kilang pengeluaran. Pembinaan infrastruktur untuk keperluan kenderaan elektrik dan kenderaan pandu sendiri juga akan dimulakan.

Media bermaruah :Dalam dunia media, termasuklah media sosial dan media arus perdana, kebenaran, keadilan dan privasi haruslah dihormati, di samping bebas daripada laporan tidak beretika,prasangka, dan campur tangan politik. Ini justeru memerlukan penyuburan budaya hormat-menghormati, yang merupakan sendi kepada MADANI.

Penilaian Prestasi Pencapaian agensi diukur melalui tadbir urus yang cekap mengambil kira aspek kepimpinan, pematuhan, inklusif,responsif, integriti dan ketelusan serta prestasi sektor awam yang dinamik, berkesan dan berpaksikan rakyat.

Demokrasi berparlimen dan pertanggungjawaban demokrasi (democratic accountability) di negara Malaysia berkembang pesat dan kukuh – is alive and well. Hari ini, dengan mandat yang jelas, keabsahan yang teguh, didukung oleh majoriti yang cukup besar ahli-ahli Dewan Rakyat yang mengangkat
Kerajaan Perpaduan, Alhamdulillah, kita akan membawakan sebuah hala tuju baharu yang akan memandu seluruh jentera Kerajaan serta rakyat Malaysia.
Malaysia Madani akan menjadi satu gagasan baharu yang memeta hala tuju Malaysia menuju sebuah negara bangsa yang maju dan sejahtera.
. Di atas semangat itu, kejituan hasrat dan kesungguhan azam,maka saya ingin membawa gagasan baharu Malaysia Madaniini sebagai mantra yang akan kita dukung bersama.

Tq selangor tv gambar poster

.

ShareTweetPin
Previous Post

DR. HAZAMI JAHARI DILANTIK SEBAGAI KETUA PENGARAH DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA MALAYSIA

Next Post

ISU TAYANGAN FILEM “PULAU”

Next Post

ISU TAYANGAN FILEM “PULAU”

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIODATA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • 这项计划在吉隆坡惠及了首批600名受益者,并得到了全国“Riang Ria Hari Sekolah”活动的支持。
  • YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN & ECO-SHOP SOKONG PELAJAR DENGAN BANTUAN KEMBALI KE SEKOLAH BERNILAI RM120,000
  • SEMARAK SENI 活动日历启动仪式 @ PANGGUNG 2026 周年纪念“过去、现在和永远”
  • MAJLIS PELANCARAN KALENDAR ACARA SEMARAK SENI @ PANGGUNG ANNIVERSARI 2026 “Dulu, Kini dan Selamanya”
  • MAJLIS PELANCARAN KALENDAR ACARA SEMARAK SENI @ PANGGUNG ANNIVERSARI 2026 “Dulu, Kini dan Selamanya”
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2025

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2025

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist