SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Info@swatv

DR. HAZAMI JAHARI DILANTIK SEBAGAI KETUA PENGARAH DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA MALAYSIA

DR. HAZAMI JAHARI DILANTIK SEBAGAI KETUA PENGARAH DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA MALAYSIA

SWA TV by SWA TV
January 19, 2023
in Info@swatv, Senitv.com
Reading Time: 2 mins read
A A
0
899
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

YB Puan Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia telah mengumumkan pelantikan Dr. Hazami Jahari sebagai Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Malaysia yang baharu berkuat kuasa pada hari ini, 18 Januari 2023. Penyerahan surat pelantikan kepada YBhg. Dr. Hazami Jahari diadakan di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan turut dihadiri oleh Prof. Datuk Seri Dr. Awang bin Sariyan, Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, YBhg. Dato’ Pkharuddin Haji Ghazali, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia dan Encik Ramzi Mansor, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KPM. Pelantikan Dr. Hazami Jahari
ini menggantikan YBhg. Datuk Abang Sallehuddin Abg Shokeran yang menamatkan kontrak perkhidmatannya pada 28 November 2022.

Dr. Hazami Jahari merupakan pemegang Ijazah Doktor Falsafah Kesusasteraan dari Universiti Sains Malaysia, Ijazah Sarjana Sastera dan Penerbitan dan Ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Malaya. Beliau memulakan kerjayanya di DBP Cawangan Sarawak pada tahun 1992. Sebelum menjawat jawatan Pengarah Jabatan Dasar dan Penyelidikan DBP pada tahun 2021, beliau pernah menyandang jawatan sebagai Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera (2019), Pengarah Jabatan Pembinaan Bahasa dan Sastera (2018) dan Pengarah DBP Cawangan Sarawak (2014-2016).

Dr. Hazami merupakan seorang yang aktif dalam melaksanakan pelbagai program berkaitan dengan pembinaan, pengembangan dan penerbitan dalam bahasa Melayu sebagai usaha untuk mengangkat dan memartabatkan bahasa kebangsaan. Aktif dalam bidang penulisan, beliau pernah memenangi Hadiah Penghargaan Penulis Sarawak Kategori Esei Kritikan dan Puisi. Dengan pelantikan ini, DBP meletakkan sepenuh keyakinan atas kepimpinan Dr. Hazami Jahari dalam usaha memacu dan emperkasakan hala tuju DBP seiring dengan imejnya sebagai badan yang berautoriti dalam memartabatkan bahasa Melayu selaras dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Sejajar dengan kredibilitinya yang pernah menjawat jawatan Pengarah Jabatan Dasar dan Penyelidikan DBP, DBP percaya beliau berupaya untuk meneruskan kecemerlangan DBP dengan pelbagai program yang dirancang menerusi Pelan Strategik DBP 2021-2025 yang memberikan tumpuan kepada tiga teras strategik, iaitu Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ekonomi, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Negara dan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu.

ShareTweetPin
Previous Post

120 PEGAWAI PELINDUNG JKM LAPOR DIRI

Next Post

AMANAT PERDANA MENTERI MEMBANGUN MALAYSIA MADANI

Next Post

AMANAT PERDANA MENTERI MEMBANGUN MALAYSIA MADANI

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIODATA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • இந்த ஆண்டு கல்வி மேம்பாட்டுத் திட்டம் கல்வி அமைச்சகத்தின் கவனத்தில் உள்ளது, இதில் புதிய பாலர் பாடத்திட்டமும் அடங்கும்.
  • 教育发展计划是教育部今年的工作重点之一,其中包括新的学前教育课程。
  • Pelan Pembangunan Pendidikan antara fokus KPM tahun ini,termasuk kurikulum prasekolah baharu
  • 星光街头节 丰富多彩的
  • STAR-LIT STREET FESTIVAL DI TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 BERTEMPAT DI BUKIT BINTANG
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2025

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2025

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist