SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Info@swatv

120 PEGAWAI PELINDUNG JKM LAPOR DIRI

120 PEGAWAI PELINDUNG JKM LAPOR DIRI

SWA TV by SWA TV
January 18, 2023
in Info@swatv, Nasional
Reading Time: 2 mins read
A A
0
364
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA, 17 Januari – Seramai 120 orang Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S29 (Kontrak) telah melapor diri di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan akan bertugas sebagai Pegawai Pelindung dan Pegawai Akhlak di Pejabat Kebajikan Masyarakat di seluruh negara. Ini
merupakan usaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam
memastikan perkhidmatan perlindungan kanak-kanak dapat dilaksanakan dengan optimum. Bagi tahun 2023, diunjurkan sebanyak 372 jawatan Penolong
Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred 29 lagi akan dibuat pengambilan secara kontrak khusus untuk perkhidmatan berkaitan kanak-kanak.

Pegawai lantikan baharu ini telah diberikan taklimat dan pengenalan di peringkat Ibu Pejabat JKM serta Pejabat Kebajikan Negeri masing-masing dan mereka
akan mengikuti Kursus Pengukuhan dan Pengendalian Kes Pemeliharaan,Perlindungan dan Pemulihan Kanak-Kanak bagi Pelindung dan Pegawai Akhlak.
Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan yang lebih mendalam berhubung Akta Kanak-Kanak 2001 dan peranan untuk
menyelamatkan kanak-kanak daripada penganiayaan, penderaan dan pengabaian.

2

Untuk tahun 2023, JKM telah menyediakan pelan latihan yang khusus kepada Pegawai Pelindung dan Pegawai Akhlak bagi memantapkan lagi kemahiran
serta pengetahuan pegawai dalam memberikan perlindungan serta perkhidmatan yang terbaik kepada kumpulan sasar kanak-kanak berdasarkan
Akta serta peraturan yang berkuatkuasa. Sejumlah 22 kursus akan dilaksanakan pada tahun 2023 khusus kepada pegawai yang melaksanakan perkhidmatan
berkaitan kanak-kanak.

KPWKM melalui JKM sudah menambahbaik garis panduan dan peraturan sedia ada untuk memastikan Pegawai Pelindung serta Pegawai Akhlak mematuhi
garis panduan yang telah ditetapkan oleh JKM. Semoga usaha ini akan memantapkan lagi perkhidmatan kepada kanak-kanak dan seterusnya meningkatkan kesejahteraan kanak-kanak di negara kita.

ShareTweetPin
Previous Post

Kempen “Share The Love, Share The Golden Break”

Next Post

DR. HAZAMI JAHARI DILANTIK SEBAGAI KETUA PENGARAH DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA MALAYSIA

Next Post

DR. HAZAMI JAHARI DILANTIK SEBAGAI KETUA PENGARAH DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA MALAYSIA

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIODATA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • (no title)
  • Sos cili pedas IBU oleh Dato’ Khadijah Ibharim kini menembusi pasaran Berunai
  • 亚洲童星品牌联合共赢发布会
  • Majlis Pelancaran Kerjasama & Pemerkasaan Jenama Asia’s Kids Star
  • BEST OF ASEAN PERFORMING ARTS (BOAPA) 2025 CELEBRATES ASEAN YOUTH TALENT AND CULTURAL UNITY
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2025

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2025

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist