SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Hiburan

Kempen “Share The Love, Share The Golden Break”

KitKat ® Mengeratkan Kasih Sayang Semasa Tahun Baru Cina

SWA TV by SWA TV
January 17, 2023
in Hiburan, Info@swatv, Usahawan & Shopping
Reading Time: 3 mins read
A A
0
61
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Perayaan Tahun Baru Cina bakal tiba. Inilah masanya untuk berehat dan meluangkan masa bersama rakan dan keluarga setelah melalui pelbagai cabaran dalam tahun sebelumnya. KitKat ® Nestlé melancarkan kempen perayaan “Share The Love, Share The Golden Break” dengan menawarkan pelbagai produk Tahun Baru Cina yang menarik, menampilkan KitKat ® Gold Edisi Terhad dan peluang memenangi hadiah terkumpul bernilai RM350,000 termasuk jongkong emas tulen KitKat ® .
Dalam budaya masyarakat Cina, Tahun Arnab dianggap sangat bertuah kerana mereka yang dilahirkan di bawah tanda zodiak ini merupakan seorang yang cintakan
pendamaian, periang dan ramah mesra. Ciri-ciri ini mencerminkan semangat Tahun Baru Cina serta aspirasi KitKat ® iaitu “Have a break, Have a KitKat ® ” dalam menggalakkan saat-saat yang bermakna, mengeratkan hubungan kasih sayang, kebersamaan dan waktu santai bersama rakan dan keluarga semasa musim perayaan.

Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad menjelaskan bahawa kempen “Share The Love, Share The Golden Break” bertujuan untuk
mengeratkan lagi hubungan silaturahim melalui perkongsian detik-detik bersama KitKat ® . “Mencari hadiah yang sesuai bukanlah satu perkara yang mudah terutamanya apabila mencari hadiah yang bermakna. Coklat terbukti dapat merangsang emosi gembira. Maka KitKat ® secara konsisten memperbaharui produk coklatnya untuk dijadikan hadiah yang menarik supaya semua orang boleh menikmati sambutan Tahun Baru Cina dengan keenakan dan keseronokan, bersama orang tersayang,” menurut Juan lagi.

Sempena kempen Tahun Baru Cina, KitKat ® Gold Edisi Terhad menawarkan kombinasi lazat wafer rangup yang disaluti dengan dua lapisan coklat susu dan dipadankan dengan perisa karamel yang enak kepada para pengguna. KitKat ® Gold dibawakan dalam bungkusan berwarna emas dan merah yang melambangkan tuah dan kemakmuran dengan motif perhiasan perayaan bagi menjadikannya hadiah yang sesuai untuk dikongsi dan 'cele-break' bersama rakan dan keluarga.
Pilihan coklat KitKat ® Tahun Baru Cina dibawakan dalam pelbagai pakej menarik – antaranya Tin Hadiah Arnab Tahun Baru Cina KitKat ® yang menampilkan replika coklat arnab berisi kepingan wafer KitKat ® hancur yang rangup. Pek hadiah ‘Cele-break’ menawarkan pelbagai pilihan coklat KitKat ® yang digemari ramai manakala Pek Mini

KitKat ® 9g disertakan dengan beg kembara menarik berinspirasikan KitKat ® dan Tahun Baru Cina. Bersempena dengan kempen “Share The Love, Share The Golden Break”, KitKat ® telah menganjurkan pameran promosi selama 5 hari bertempat di LG2 Central Avenue, Sunway Pyramid. Pengunjung boleh menyertai pelbagai aktiviti yang menarik, sampel coklat KitKat ® dan sertai peraduan “Win Gold” KitKat ® . Peraduan “Win Gold” KitKat ® , yang kini berlangsung selama 8 minggu sehingga 20 Februari 2023, menawarkan hadiah-hadiah bernilai lebih RM350,000, termasuk Hadiah Utama iaitu 8 unit jongkong emas tulen KitKat ® 4-Jejari dan 8 unit jongkong emas tulen KitKat ® 2-Jejari bersaiz sebenar untuk dimenangi. Hadiah-hadiah terdiri daripada:

 1x pemenang mingguan Hadiah utama: Jongkong Emas 4-Jejari KitKat ® bernilai
RM16,500 setiap satu
 1x pemenang mingguan Hadiah pertama: Jongkong Emas 2-Jejari KitKat ®
bernilai RM8,500 setiap satu
 3x pemenang mingguan Hadiah istimewa: RM888
 88x pemenang mingguan Hadiah mingguan: RM188
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.nestle.com.my/brands/confectionery , FB di
https://www,facebook.com/KitKatMalaysia dan IG di www.instagram.com/KitKatMalaysia

*****

Mengenai KITKAT Nestlé
Dicipta pada tahun 1935, KITKAT menjadi sebahagian daripada rangkaian produk konfeksi Nestlé pada tahun 1988, dan telah berkembang menjadi satu daripada jenama terbesar Nestlé. Snek ringan ini merupakan salah satu jenama coklat kegemaran Malaysia dan dieksport ke 14 negara di seluruh dunia. KITKAT Nestlé merupakan jenama konfeksi global pertama menggunakan 100% koko yang diperolehi secara lestari menerusi Pelan Koko Nestlé. Ungkapan “Have a break, have a KITKAT” (Berehat sebentar, Bersama KITKAT) menggambarkan dengan tepat misi KITKAT – untuk membantu anda berehat sebentar apabila anda paling memerlukannya. Raikan saat-saat keseronokan, kespontanan, kelazatan, nikmat, dan ganjaran bersama KITKAT. Sama ada anda terbenam dalam timbunan kertas dan fail kerja atau anda bekerja seperti jentera, anda boleh menikmati kudapan manis ini, yang diperbuat daripada 100% koko lestari, pada bila-bla masa, di mana-mana sahaja dan dengan apa jua cara. KITKAT ialah produk buatan tempatan 100% Halal yang dikeluarkan di kilang Nestlé yang disahkan Halal di Chembong, Negeri Sembilan.
Mengenai Nestlé Malaysia Nestlé merupakan pengeluar makanan dan minuman terbesar di dunia. Beribu pejabat di Switzerland, Nestlé beroperasi di lebih 180 negara di seluruh dunia, dan seramai lebih 270,000 orang kakitangan kami komited terhadap matlamat Nestlé, yang berusaha memanfaatkan kelebihan makanan untuk meningkatkan kualiti kehidupan untuk semua insan, masa kini dan untuk generasi masa depan. Prestasi kami dipacu oleh strategi Pemakanan, Kesihatan dan
Kesejahteraan kami. Menjana khasiat rakyat Malaysia sejak 1912, Nestlé telah meraih kepercayaan para pengguna kami menerusi jenama dan produk kami yang bermutu tinggi. Kami juga komited untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan masyarakat di mana kami beroperasi, sambil mengekalkan kecemerlangan dan ketelusan produk Halal kami. Ini sejajar dengan janji kami untuk menawarkan GOOD FOOD, GOOD LIFE kepada semua. Untuk ketahui lebih lanjut tentang usaha kami menjana khasiat rakyat Malaysia melebihi seabad, sila layari www.nestle.com.my atau kunjungi laman Facebook kami di http://www.facebook.com/NestleMalaysia.

ShareTweetPin
Previous Post

MGTC AND VOLVO TRUCKS MALAYSIA COLLABORATE

Next Post

120 PEGAWAI PELINDUNG JKM LAPOR DIRI

Next Post
120 PEGAWAI PELINDUNG JKM LAPOR DIRI

120 PEGAWAI PELINDUNG JKM LAPOR DIRI

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • SELERA PATIN BANGAU SAJI SUASANA DAN MENU SELERA KAMPUNG

    HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TOYOTA CROWN SPORT 2024 – BENTUK BADAN SUV DENGAN RUPA ALA PUROSANGUE

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • – KL CAR FREE MORNING (ISTIMEWA RUN) PERINGKAT WP KUALA LUMPUR 2025
  • PENGKUATKUASAAN TERHADAP ENTITI YANG BERKAITAN DENGAN KEMALANGAN BAS PERSIARAN MELIBATKAN PELAJAR UPSI
  • 媒体报道 旅游、艺术与文化部 对涉及UPSI学生的广播巴士事故采取执法行动
  • YB TMA Hadiri Pelancaran Pusat Kecemerlangan Penyelidikan & Inovasi Ekonomi Islam (i-RISE) di Sasana Kijang, Bank Negara
  • 首相署(宗教事务)部新闻稿:YAPEIM AL-FALAH 祭祀:全国126个地点共计145头牛,受益人数超过6万
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2023

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2023

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist