SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Info@swatv

AZKA LUCIUS LANCAR PROJEK TERNAK LOBSTER AIR TAWAR, BUKA PELUANG KEPADA RAKYAT SELANGOR UNTUK JANA PENDAPATAN

AZKA LUCIUS LANCAR PROJEK TERNAK LOBSTER AIR TAWAR, BUKA PELUANG KEPADA RAKYAT SELANGOR UNTUK JANA PENDAPATAN

Asraf Zin by Asraf Zin
May 18, 2022
in Info@swatv, Usahawan & Shopping
Reading Time: 2 mins read
A A
0
Showroom Azka Lucius Sdn. Bhd. yang berada di Seri Kembangan, Selangor.

Showroom Azka Lucius Sdn. Bhd. yang berada di Seri Kembangan, Selangor.

629
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM: Azka Lucius Sdn. Bhd. melancarkan Program Ransang Ekonomi Selepas COVID-19 yang khususnya membuka peluang kepada rakyat Selangor untuk mengikuti bidang penternakan lobster air tawar.

Puan Suryanis Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Azka Lucius Sdn. Bhd. berkata, rakyat Selangor boleh mendapatkan ruang dan peluang dalam projek penternakan lobster air tawar ini di mana modal disediakan oleh Hijrah Selangor.

“Projek ini khas untuk rakyat Selangor buat masa ini kerana ada peruntukan pembiayaan daripada Hijrah Selangor,” katanya.

Puan Suryanis Abdullah ketika ditemu bual berkaitan projek penternakan lobster air tawar

Menurutnya, peserta bagi projek ini boleh mendapatkan pinjaman yang disediakan selama empat (4) tahun melalui Hijrah Selangor.

“Antara kriteria yang diperlukan adalah bermula daripada 18 – 60 tahun dan ansuran bayaran semula selama 4 tahun. Tetapi dalam skim I-Agro Hijrah ini, bayaran semula boleh dibuat selepas 6 bulan penternakan,” katanya lagi.

Tambahnya, syarikat juga akan membeli lobster yang diternak daripada peserta setelah mencapai saiz matang iaitu 7 inci keatas.

“Kita akan beri 3 saiz lobster iaitu 4 inci, 3 inci dan anak lobster. Seawal 2 hingga 3 bulan, peserta sudah dapat menjana pendapatan yang pertama. Syarikat juga akan membeli balik lobster yang bersaiz matang iaitu 7 inci keatas,” katanya.

Sementara itu, YBhg. Dato’ Sri Mohamad Suparadi Md Noor, Pengarah Eksekutif Hijrah Selangor berkata, bakat-bakat baru terutamanya anak muda dalam bidang penternakan lobster air tawar amat diperlukan.

Selain itu, Dato’ Sri Mohamad Suparadi turut menyatakan agak tertarik dengan keunikan yang ditampilkan oleh Azka Lucius Sdn. Bhd. apabila syarikat tersebut melancarkan program menternak di dalam bangunan dan rumah-rumah kedai.

“Inilah konsep pertanian moden di mana kita tidak perlukan tanah yang besar untuk menternak. Tetapi hanya dengan sistem dan teknologi, ia boleh dilaksanakan di dalam bangunan dan rumah kedai yang mana kosnya lebih murah,” katanya.

Menurutnya, program ini merupakan salah satu matlamat Kerajaan Negeri Selangor dalam usaha menjadikan Negeri Selangor sebagai sebuah gedung makanan.

YBhg. Dato’ Sri Zakaria Abd Rahman (kiri) bersama YBhg. Dato’ Sri Mohamad Suparadi Md Noor (kanan) turut hadir di showroom Azka Lucius Sdn. Bhd. di Seri Kembangan, Selangor.

Dalam pada itu, YBhg. Dato’ Sri Zakaria Abd Rahman, Pengerusi Azka Lucius Sdn. Bhd. menyatakan hasil daripada projek ini sememangnya akan mendapat permintaan yang tinggi daripada dalam dan luar negara.

“Dari segi permintaan, Alhamdulillah kita sudah bersedia dan sudah ada permintaan dari luar negara antaranya Filipina. Apa yang menjadi kebimbangan saya adalah kita tidak cukup bekalan untuk bekalkan kepada mereka,” ujarnya.

“Kita nak bantu rakyat Selangor supaya ada pendapatan memandangkan Hijrah Selangor sudah membantu peserta dari segi menyediakan modal.

“Insya-Allah peserta akan peroleh pendapatan sebanyak RM5000.00 sebulan selepas 4 hingga 6 bulan penternakan,” tambahnya.

Setakat ini seramai 60 permohonan telah diterima oleh Azka Lucius Sdn. Bhd. bagi sesi pertama di mana peserta akan dibekalkan sebanyak 22 tangki fiber, pallet, lobster ternakan, kadar sewaan premis untuk tiga (3) bulan, tunai di tangan untuk perbelanjaan semasa, peralatan dan juga kelengkapan penternakan lobster.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh mendapatkan maklumat berkenaan projek ternakan lobster air tawar di laman Facebook Azka Lucius Sdn. Bhd. atau hubungi talian 017-7252336 / 011-2382838.

ShareTweetPin
Previous Post

KKM LAPOR PENINGKATAN DALAM KES DENGGI DAN HFMD SETAKAT MINGGU EPIDEMIOLOGI KE-19

Next Post

SSM ANJUR MAJLIS SALAM AIDILFITRI 2022, RAI ANAK YATIM DAN RUMAH KEBAJIKAN

Next Post
SSM ANJUR MAJLIS SALAM AIDILFITRI 2022, RAI ANAK YATIM DAN RUMAH KEBAJIKAN

SSM ANJUR MAJLIS SALAM AIDILFITRI 2022, RAI ANAK YATIM DAN RUMAH KEBAJIKAN

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • SELERA PATIN BANGAU SAJI SUASANA DAN MENU SELERA KAMPUNG

    HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TOYOTA CROWN SPORT 2024 – BENTUK BADAN SUV DENGAN RUPA ALA PUROSANGUE

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • – KL CAR FREE MORNING (ISTIMEWA RUN) PERINGKAT WP KUALA LUMPUR 2025
  • PENGKUATKUASAAN TERHADAP ENTITI YANG BERKAITAN DENGAN KEMALANGAN BAS PERSIARAN MELIBATKAN PELAJAR UPSI
  • 媒体报道 旅游、艺术与文化部 对涉及UPSI学生的广播巴士事故采取执法行动
  • YB TMA Hadiri Pelancaran Pusat Kecemerlangan Penyelidikan & Inovasi Ekonomi Islam (i-RISE) di Sasana Kijang, Bank Negara
  • 首相署(宗教事务)部新闻稿:YAPEIM AL-FALAH 祭祀:全国126个地点共计145头牛,受益人数超过6万
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2023

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2023

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist