SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Info@swatv

BAUCAR BUKU SEMARAK MEMBACA DIPERKENAL PNM

BAUCAR BUKU SEMARAK MEMBACA DIPERKENAL PNM

Siti Norsyazlina by Siti Norsyazlina
October 27, 2021
in Info@swatv
Reading Time: 2 mins read
A A
0
229
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter
KUALA LUMPUR – Kementerian Pelancongan , Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) telah memperkenalkan inisiatif baharu , melalui Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dengan kerjasama Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA) , iaitu Program Penebusan Baucar Buku Semarak Membaca bermula daripada 21 Oktober sehingga 15 November 2021 . Inisiatif ini juga disokong oleh Majlid Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) serta Persatuan Penjual Buku Malaysia (MBA).
.
Baucar yang bernilai RM10 setiap sebuah buku ini telah diedarkan ke 168 buah kedai buku yang terpilih , dan boleh ditebus melalui sebuah kedai buku secara atas talian di laman sesawang www.e-sentral.com . Ia akan disusuli dengan penebusan secara fizikal di 167 buah kedai buku yang turut terpilih mulai semalam , 25 Oktober.
.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan , kedai buku yang terpilih adalah dibawah seliaan Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA) dan Persatuan Penjual Buku Malaysia (MBA) dengan hanya  500 orang penerima baucar terawal di setiap kedai buku terpilih berpeluang menikmati baucar diskaun ini.
.
” Penerima baucar layak menebus atau menikmati potongan diskaun dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM20 dan ke atas dalam satu resit transaksi , ” tambahnya.
.
Selain mendapat potongan diskaun , penerima baucar secara automatik akan berdaftar sebagai ahli u-Pustaka dan berpeluang menikmati akses kepada bahan bacaan digital secara percuma pada bila-bila masa sahaja.
.
PNM percaya , program sebegini mampu menjadikan amalan membaca sebagai budaya di dalam Keluarga Malaysia , bahkan dapat meringankan beban rakyat untuk membeli buku . Ia juga dijadikan sebagai langkah kerajaan dalam membantu memulihkan semula industri buku tempatan.
.
Untuk mengetahui maklumat lanjut nengenai promosi baucar buku dan senarai kedai-kedai buku yang terlibat dalam inisiatif ini boleh dilayari melalui laman sesawang www.semarakmembaca.com.
ShareTweetPin
Previous Post

MOTAC ANJUR MINGGU BUDAYA MALAYSIA 2021

Next Post

KEMPEN PETRON ‘JOM JALAN-JALAN’ MULA DILANCARKAN

Next Post

KEMPEN PETRON ‘JOM JALAN-JALAN’ MULA DILANCARKAN

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BIODATA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • 这项计划在吉隆坡惠及了首批600名受益者,并得到了全国“Riang Ria Hari Sekolah”活动的支持。
  • YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN & ECO-SHOP SOKONG PELAJAR DENGAN BANTUAN KEMBALI KE SEKOLAH BERNILAI RM120,000
  • SEMARAK SENI 活动日历启动仪式 @ PANGGUNG 2026 周年纪念“过去、现在和永远”
  • MAJLIS PELANCARAN KALENDAR ACARA SEMARAK SENI @ PANGGUNG ANNIVERSARI 2026 “Dulu, Kini dan Selamanya”
  • MAJLIS PELANCARAN KALENDAR ACARA SEMARAK SENI @ PANGGUNG ANNIVERSARI 2026 “Dulu, Kini dan Selamanya”
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2025

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • #108 (no title)
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2025

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist