SWATV
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
No Result
View All Result
SWA TV
No Result
View All Result
Home Info@swatv

KEMPEN PETRON ‘JOM JALAN-JALAN’ MULA DILANCARKAN

KEMPEN PETRON ‘JOM JALAN-JALAN’ MULA DILANCARKAN

Asraf Zin by Asraf Zin
October 27, 2021
in Info@swatv, Tourism
Reading Time: 2 mins read
A A
0
138
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

27 OKTOBER 2021: Kempen Petron ’Jom Jalan-Jalan’ anjuran Petron dengan kerjasama Tourism Malaysia mula dilancarkan pada hari ini.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri terlebih dahulu mengucapkan syabas dan tahniah kepada Petron Malaysia kerana ini merupakan kerjasama kali kedua Petron dan MOTAC dalam memacu ekonomi negara menerusi sektor pelancongan.

Dalam pada itu, YB Dato’ Sri Hajah juga amat kagum dengan inisiatif yang diambil oleh Petron Malaysia kerana ia sememangnya memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk melancong dalam negara lantas mampu merancakkan kembali sektor pelancongan domestik dengan penawaran pelbagai pakej hadiah pelancongan di destinasi menarik seluruh negara.

“Saya dimaklumkan sejumlah 1,156 pelanggan bertuah berpeluang menjadi pemenang sepanjang tempoh lima bulan kempen ini berlangsung. Malah, para pemenang juga dipilih mengikut semua wilayah termasuk Sabah dan Sarawak,” katanya.

“Seramai 56 pemenang akan memenangi hadiah utama yang berupa pakej pelancongan lengkap di destinasi percutian ternama di Malaysia. Apa yang lebih menarik lagi adalah pemenang-pemenang utama ini akan ditaja sepenuhnya oleh pihak penganjur,” tambahnya lagi pada majlis pelancaran petang tadi.

Sekitar majlis pelancaran petang tadi

Kempen Petron ‘Jom Jalan-Jalan’ ini dilangsungkan dengan jalinan kerjasama antara Petron dengan beberapa pihak. Antaranya Sunway Lagoon, Sunway Lost World of Tambun, Tiarasa Escapes Glamping Resort, Camp Out, Glamz Genting, Orchard Wellness Melaksa, Sepilok Forest Edge dan Culvert Santubong.

Sementara itu, YB Dato’ Sri Hajah Nancy terlebih dahulu menyuarakan soal COVID-19 negara yang sekarang ini dilihat agak positif hasil daripada program vaksinasi negara.

“Usaha Kerajaan dalam mengawal pandemik dengan pelaksanaan norma-norma baharu dan pematuhan SOP serta kejayaan program vaksinasi telah membuahkan hasil yang positif selepas 19 bulan seluruh rantaian dalam industri pelancongan dan kebudayaan negara mengharungi tempoh kesukaran akibat pandemik COVID-19,” ujarnya.

Tambahnya lagi, keputusan Kerajaan dalam memberi kebenaran merentas negeri pada 11 Oktober 2021 diikuti dengan Projek Rintis Gelembung Pelancongan Domestik dilihat satu titik mula kepada perancakkan kembali sektor pelancongan domestik, sekali gus menyumbang kepada pemulihan ekonomi negara.

Susulan itu, keputusan Kerajaan yang membenarkan Gelembung Pelancongan Antarabangsa bagi Projek Rintis Pulau Langkawi pada 15 November ini juga merupakan satu lagi pencapaian Kerajaan menerusi MOTAC dalam membantu industri menjana semula pendapatan.

Menurut YB Dato’ Sri Hajah Nancy, semua keputusan yang dibuat adalah selaras dengan Pelan Pemulihan Negara (PPP) yang merangkumi tiga fasa pelaksanaan bagi memulihkan semula sektor pelancongan negara secara berperingkat seiring dengan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

ShareTweetPin
Previous Post

BAUCAR BUKU SEMARAK MEMBACA DIPERKENAL PNM

Next Post

DARI BENCI , MENJADI CINTA ; DRAMA BERSIRI MR. BIBIK MULA MENGAMBIL HATI PENONTON

Next Post
DARI BENCI , MENJADI CINTA ; DRAMA BERSIRI MR. BIBIK MULA MENGAMBIL HATI PENONTON

DARI BENCI , MENJADI CINTA ; DRAMA BERSIRI MR. BIBIK MULA MENGAMBIL HATI PENONTON

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending!

  • SELERA PATIN BANGAU SAJI SUASANA DAN MENU SELERA KAMPUNG

    HANYA RM10, ANDA BOLEH MANDI MANDA SEPUASNYA DI KUBANG GAJAH WATER PARK, TEMERLOH!

    1 shares
    Share 0 Tweet 0
  • AMANI VANILLA TEMERLOH LOKASI WAJIB DILAWATI KETIKA BERCUTI DI PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TEMERLOH TITIK TENGAH SEMENANJUNG ANTARA TARIKAN PELANCONG KE PAHANG

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • PROTON X70: LIMA POIN YANG KAMI SUKA SANGAT!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • TOYOTA CROWN SPORT 2024 – BENTUK BADAN SUV DENGAN RUPA ALA PUROSANGUE

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Info Semasa

  • – KL CAR FREE MORNING (ISTIMEWA RUN) PERINGKAT WP KUALA LUMPUR 2025
  • PENGKUATKUASAAN TERHADAP ENTITI YANG BERKAITAN DENGAN KEMALANGAN BAS PERSIARAN MELIBATKAN PELAJAR UPSI
  • 媒体报道 旅游、艺术与文化部 对涉及UPSI学生的广播巴士事故采取执法行动
  • YB TMA Hadiri Pelancaran Pusat Kecemerlangan Penyelidikan & Inovasi Ekonomi Islam (i-RISE) di Sasana Kijang, Bank Negara
  • 首相署(宗教事务)部新闻稿:YAPEIM AL-FALAH 祭祀:全国126个地点共计145头牛,受益人数超过6万
FIND US ON YOUTUBE

FIND US ON FACEBOOK

FIND US ON INSTAGRAM



Logo Kami

Mengenai Kami

SWATV MEDIA merupakan portal media sensasi yang memaparkan segala aktiviti korporat, pelancongan, tempat makan menarik, teknologi terkini, berita sensasi, review produk dan banyak lagi.

Ia mengetengahkan pengisian untuk dijadikan rujukan umum dan carian pembaca online dalam semua aspek.

“Segalanya Dihujung Jari Anda”

  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Kami

Hak Cipta SWATV © 2023

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • SENITV.COM
  • SWA TVi
  • Tourism Channel
  • Info@swatv
  • IBC
  • Usahawan & Shopping
  • Hiburan
  • SWA Digital Malaysia

Hak Cipta SWATV © 2023

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist